
Ahad, Ogos 02, 2009
Sabtu, April 04, 2009
Umat Islam Leka Atau Terlupa
Jika diperkatakan tentang sejarah umat Islam, zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam, Sahabat, Tabiin dan Tabi’ut Tabi'in adalah zaman keemasan dan zaman terbaik. Perhatikan sabda Rasulullah :
عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ، ثُمَّ
الَّذِينَ يَلُوْنَھُمْ ، ثُمَّ الَّذِيْنَ َيلُوْنَھُمْ
(متفق عليه: بخاري:حديث رقم:2652 وحديث مسلم رقم:2533)
Maksudnya: "Dari Ibnu Masoud: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sebaik-baikgenerasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in)
dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-tabi’in)".
Ketiga-tiga kurun tersebut jelas disampaikan adalah zaman yang TERBAIK. Persoalannya kenapakah zaman itu dinyatakan oleh Rasulullah sebagai zaman yang terbaik?. Jawapan kepada soalan tersebut adalah lebih kurang kerana ketiga-tiga zaman tersebut Umat Islam mengamalkan segala ajaran dan panduan Rasulullah samaada dari sudut akidah, muamalat (sosial), ekonomi, siasah(politik) sebagai cara hidup yang sempurna. Jika kita amati dari kisah-kisah para Sahabat R.A dan para tabi’in, banyak contoh dan tauladan yang mulia tercatat di lipatan sejarah menjadi rujukan para penceramah dan ustaz dalam kuliahnya.
Mereka adalah umat yang terbaik dari segi luaran dan dalaman. Dari segi luaran mereka adalah manusia yang taat dan patuh pada ajaran islam, muamalat mereka sesama manusia tidak diletakkan pada ukuran bangsa, keturunan, kekayaan, dan ketinggian tetapi mereka meletakkan hubungan manusia sebagai ukuran saling kenal mengenali seterusnya saling bantu-membantu bukannya jatuh-menjatuh dan hina-menghina. Kitab Suci al-Qur’an memaparkan dengan dengan firman Allah dalam surah al-Fath ayat ke 29:
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا(29
29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.
Semua ini jelas dinyatakan dalam kitab suci al-Qur’anulkarim. Dari segi dalaman pula, mereka adalah manusia yang bersifat dan bersikap dengan segala kemuliaan. Beraninya mereka kerana kebenaran, takutnya mereka kerana melakukan kesilapan, tingkat kesabaran mereka jauh dari kita, mungkin boleh dikatakan bumi dan langit.
Contoh dari sejarah pengumpulan al-Qur’an memaparkan bahawa pada mulanya Saiyyidina Abu Bakr as-Siddiq R.A tidak menyetujui al-Qur’an itu dikumpulakan kerana Rasulullah tidak pernah melakukannya semasa hayat. Namun begitu, akhirnya Beliau bersetuju atas dasar menjaga kemashlahatan Umat Islam. Hal ini membuktikan betapa patuhnya sahabat pada Rasulullah hinggakan apa sahaja perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah mereka tidak berani melakukannya.
Bandingkan kita yang mangakui Umat Muhammad Sallallahualaihiwasaallam, melalui ayat suci al-Qur’an tersebut. Pertama, adakah kita mengakui bahawa Rasulullah itu Pesuruh Allah dengan erti kata lain sebagai ikutan dan suri tauladan kita, apa sahaja yang dibawa dan disampaikan oleh Baginda kita ikuti dengan pengakuan mulut dan pengamalan dengan badan!.Satu contoh, al-Qur’an adalah Kitab Suci umat Islam, semua itu mereka mengakuinya, namun berapa kalikah kita membacanya dalam seminggu atau berapa kalikah dalam sebulan atau yang paling teruk berapa kalikah dalam setahun kita membacanya. Sekiranya kita hanya membacanya sebulan dalam setahun itupun tidak memadai, kerana kita belum mentadabbur ayat-ayatNya dan menghayati serta mengamalkannya. Ini adalah satu contoh dari ratusan mungkin ribuan atau jutaan contoh yang umat Islam melupakannya atau terleka dengan kehidupan hariannya.
Bersambung....
Labels:
Pembangunan dan Latihan
Jumaat, Mac 13, 2009
PROGRAM MOTIVASI DI RANTAU
Assalamualaikum......
Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari khamis 12 Mac 2009, satu program motivasi dan kecemerlangan diri telah diadakan di daerah Rantau,negeri sembilan. program ni merupakan progam anjuran MPN dengan kerjasama USIM...
Seramai 40 orang mahasiswa USIM telah terpilih sebagai fasilitator program ni....fasilitator terdiri dari ahli PRU dan terbuka kepada semua mahasiswa USIM yang berminat.....
Sekitar Majlis Perlantikan...
Pada hari Rabu bertarikh 11 Mac 2009 terciptanya satu lembaran baru dalam sejarah PRU Usim di mana majlis perlantikan exco baru 2008/2009 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKP.Alhamdulillah......majlis berjalan dengan lancar walaupun di tengah-tengah majlis tu berlangsung berlakunya satu kesilapan teknikal yang membengangkan THE LEG...hehe...but overall majlis berjalan dengan lancar...
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis ini termasuklah exco-exco lama seperti achik,kak yam, kak fatin, tajol n choi...you all the best la...

Masih terkenang-kenang lagi kata-kata Dato' Asin yang mengatakan kita sebagai PRU adalah di kalangan orang yang beruntung kerana terpilih untuk membimbing kawan-kawan kita yang lain....uisshhh...berat sungguh tanggungjawab kita sebagai PRU ni kan kan...
Pada exco-exco yang baru ni diharapkan anda semua dapat la menjalankan amanah yang telah diberikan untuk lebih memantapkan lagi PRU di masa yang akan datang....
good luck...............

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis ini termasuklah exco-exco lama seperti achik,kak yam, kak fatin, tajol n choi...you all the best la...
Masih terkenang-kenang lagi kata-kata Dato' Asin yang mengatakan kita sebagai PRU adalah di kalangan orang yang beruntung kerana terpilih untuk membimbing kawan-kawan kita yang lain....uisshhh...berat sungguh tanggungjawab kita sebagai PRU ni kan kan...
Pada exco-exco yang baru ni diharapkan anda semua dapat la menjalankan amanah yang telah diberikan untuk lebih memantapkan lagi PRU di masa yang akan datang....
good luck...............
Langgan:
Catatan (Atom)








