Ahad, Disember 20, 2009

PeMiLiHaN aHLi BaRU PRU seSi 09/10







Alhamdulillah…akhirnya PRU da dapat junior-junior yang akan bersama-sama menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan. Pada tarikh yang sama dengan program Menuju Puncak iaitu pada 25 Julai 2009 PRU telah mengadakan sesi pemilihan ahli baru setelah hampir 2 tahun tidak membuat sebarang pengambilan baru.
Seramai lebih kurang 300 orang pelajar da menghantar borang…fuh..ramai tu..tapi yang dicari cuma dalam lingkungan 60 orang yang akan ditapis oleh kaunselor-kaunselor( susah-susah)….dan setelah ditemuduga oleh kaunselor, hanya 35 orang sahaja yang berjaya menjadi ahli PRU secara rasminya..pada yang tak berjaya cuba lagi pada sesi pemilihan yang akan datang dan pada yang berjaya selamat menempuh segala cabaran yang bakal mendatang…good luck!!....Alhamdulillah…akhirnya PRU da dapat junior-junior yang akan bersama-sama menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan. Pada tarikh yang sama dengan program Menuju Puncak iaitu pada 25 Julai 2009 PRU telah mengadakan sesi pemilihan ahli baru setelah hampir 2 tahun tidak membuat sebarang pengambilan baru.
Seramai lebih kurang 300 orang pelajar da menghantar borang…fuh..ramai tu..tapi yang dicari cuma dalam lingkungan 60 orang yang akan ditapis oleh kaunselor-kaunselor( susah-susah)….dan setelah ditemuduga oleh kaunselor, hanya 35 orang sahaja yang berjaya menjadi ahli PRU secara rasminya..pada yang tak berjaya cuba lagi pada sesi pemilihan yang akan datang dan pada yang berjaya selamat menempuh segala cabaran yang bakal mendatang…good luck!!....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MeNuju PunCaK SeSi 3

Melalui biro akademik, PRU dengan kerjasama Unit Kaunseling & Pembangunan Sahsiah (UKPS) telah menganjurkan program motivasi Menuju Puncak Sesi 3 yang dianjurkan khusus untuk membantu para peserta (mahasiswa USIM) dalam teknik pengurusan masa, teknik bijak belajar, cara pengiraan PNGK dan lain-lain lagi.
Program ini telah diadakan pada 24, 25 & 26 Julai 2009 bertempat di Kem Sendayu Event,Gombak. Manakala bilangan peserta adalah seramai 28 orang dengan urusetia seramai 10 orang. Walaupun bilangan peserta adalah kurang dari sasaran iaitu seramai 40 orang, namun objektif utama program masih dapat dicapai.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, November 25, 2009

SALAM...
Untuk makluman semua..PRU sekarang ni dlm proses untuk meng update blog kami ini. Sebarang cadangan sgt2 la dialu-alukan untuk kebaikan kita bersama...segala program yang telah dijalankan sepanjang bulan Julai-November untuk tahun ini sdang dlm proses kemaskini untuk semua..dan segala proses update ni dilakukan oleh kami biro PEMBANGUNAN SUMBER & PENERBITAN....sekian...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hari Mesra PRU

Salam semua...bertemu lg di ruangan blog PRU...pernah dgr tentang HaRi Mesra PRU??...untuk makluman semua, program ni first time PRU adakan dengan tujuan untuk mendekatkan PRU dengan mahasiswa/i USIM...bermula dengan pameran PRU di PKP dan kemuncaknya di Kolej Kediaman Nilam Court..

Antara yang boleh dibanggakan ialah kesudian TNC USIM merasmikan acara perasmian penutup iaitu Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Memetik kata-kata TNC, “Kita mengharapkan program seperti ini akan memberi manfaat kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk ke alam kampus” ketika memberi ucapan perasmian penutup di Dtaran Kolej Kediaman Nilam Court.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik dan sukaneka pada waktu pagi, manakala pada waktu petang ialah slot motivasi yang di sampaikan oleh Kaunselor Universiti iaitu Puan Nurhazreen Mohd Nor dan Puan Fadhilah Othman. Dan pada waktu malam diadakan Talkshow yang bertajuk Penampilan Dan Ketrampilan disampaikan oleh Encik Idris Jusoh, Kaunselor SMK Dato Mohd Redza, Seremban.
Sebagai kesimpulannya, program Hari Mesra Kelab Pembimbing Rakan Universiti ini telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai program tahunan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk sesi seterusnya kenal dan tahu bahawa di Usim terdapat Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed