Isnin, Mei 23, 2011

WATIKAH PERLANTIKAN DAN SIMFONI MINDA 2011




'ISLAMIK RETRO'..Itulah tema bagi majlis Watikah Perlantikan Dan Simfoni Minda (WASIM) kami pada kali ini. Idea yang tercetus dari minda salah seorang ahli PRU ini amat unik dan 'magik' telah berjaya menghidupkan malam tersebut. Majlis ini telah berlangsung di Pusat Komersial USIM dengan dihadiri juga oleh mantan PRU dan penasihat kelab kami. Majlis yang bak kata Puan Reen iaitu 'program Niche PRU' ini telah diadakan pada tanggal 21 Mei 2011 pada jam 8.30 malam.
Pelbagai aktiviti dan persembahan yang menarik di samping diiringi dengan lagu retro irama 60-an menghangatkan lagi suasana pada malam tersebut. Gelaran 'Prince' dan 'Princess' telah dirangkul oleh Mohd Faez bin Abu Bakar dan Fatin Farhana bt Abd. Rahman yang amat menepati tema Islamik Retro tersebut. Diharapkan program 'Niche' ini akan diteruskan warisannya agar generasi-generasi PRU akan datang mampu bersama berganding bahu menggapai mercu jaya
.
Sekian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Mei 06, 2011

Serikanlah Wajahmu dengan Senyuman=)



Assalamualaikum buat warga pembaca sekalian.

Hari ini kami ingin kongsikan dengan rakan-rakan berkenaan dengan senyum.
Pernahkah anda tersenyum?Sukakah anda utuk tersenyum?
Dan tahukah anda bahawa senyum ini sangat banyak khasiatnya!

Tidak percaya?

Berikut merupakan perkara-perkara yang berka
itan dengan senyum.

~SENYUMAN MEMBUAT KITA MENARIK
Senyuman merupakan salah satu faktor tarikan seseorang manusia.Secara fitrahnya, kita akan lebih selesa untuk melihat wajah seseorang yang tersenyum. Senyuman mampu menarik orang untuk mendekati kita berbanding kemuraman yang membuatkan manusia di sekeliling menjauhkan diri mereka daripada kita.

~SENYUMAN MAMPU MENSTABILKAN EMOSI KITA.
Pada masa akan datang, sekiranya anda berasa tertekan, cubalah untuk mengukirkan senyuman. Ada kemungkinan besar peluang untuk merubah mood anda tinggi.Senyuman mampu mempengaruhi badan kita untuk menstabilkan emosi dan keadaan kita.

~SENYUMAN BOLEH BERJANGKIT
Ketika anda tersenyum, anda telah merubah keadaan sekeliling kepada keceriaan. Rakan-rakan di sekeliling anda pasti akan turut gembira dan tersenyum bersama-sama anda.

~SENYUMAN MENGHILANGKAN STRESS
Stress boleh terpancar melalui raut wajah anda. Melalui senyuman, anda secara perlahan-perlahan mengurangkan stress dan keserabutan yang merajai diri anda seterusnya membuatkan anda bertindak segera untuk menangani permasalahan yang anda hadapi.

~SENYUMAN MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN ANDA
Senyuman membuatkan sistem pertahanan dalam tubuh anda berfungsi dengan lebih baik. Hal ini kerana pada masa itu anda lebih rileks. Senyuman juga mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat selesema.

~SENYUMAN MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Jika anda mempunyai monitor tekanan darah di rumah,duduk selama beberapa minit, ambil bacaan. Kemudian tersenyum sebentar dan mengambil bacaan yang lain saat masih tersenyum. Adakah anda akan melihat perbezaan?

~SENYUMAN MEMBUATKAN ANDA KELIHATAN LEBIH MUDA
Percayakah anda jika senyuman itu membuatkan anda kelihatan lebih muda?Semestinya kerana otot-otot anda kurang digunakan dan tidak menampakkan kerutan di wajah anda sehingga ada yang tersilap menelah umur sebenar anda!

~SENYUMAN MEMBUATKAN ANDA KELIHATAN BERJAYA
Senyuman menanpakkan wajah keyakinan, optimis, dan tidak bersemangat. Cubalah untuk tersenyum sewaktu anda berjumpa dengan rakan-rakan anda atau lebih baik sewaktu sesi temuduga dan anda akan melihat kelainan pandangan dan persepsi mereka terhadap anda.

~SENYUMAN MEMBANTU ANDA UNTUK MENJADI SEORANG YANG POSITIF
Cubalah senyum sambil fikirkan perkara yang negatif. Anda akan dapati ia amat susah sekali untuk berfikir tentang itu. Semasa senyum, tubuh anda menghantar mesej kepada anda bahawa "Hidup itu bagus!"Jadi, secara tidak langsung tekanan anda sedikit demi sedikit akan beransur hilang.=)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, April 17, 2011

Bersedialah Sebelum Terlambat




Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang kita semua sedia maklum....
Minggu ini bermulalah 'study week' bagi warga USIM cawangan NILAI...
dan pelajar perubatan USIM sudahpun memulakan peperiksaan manakala warga tamhidi insyaAllah akan memulakan peperiksaan pada minggu ini..

PEPERIKSAAN...

bila sahaja kita mendengar perkataan ini...
pelbagai mimik muka yang akan kita tonjolkan demi menggambarkan betapa yang kita rasa...
namun mahu tidak mahu perlu jga kita tempuhi...

Setakat ini, apakah persediaan yang saudari telah lakukan untuk menghadapi peperiksaan?

Kiranya, jika saya minta untuk saudara saudari senaraikan..
sudah pasti tidak cukup hanya saja dalam satu lembaran...

walau bagaimanapun..ingin sekali saya kongsi dan bawakan kepada saudari kepada tips-tips yang mungkin sudah biasa namun jarang kali kita amalkan....

PERSEDIAAN FIZIKAL

Persediaan fizikal amat penting kerana "akal yang cerdas pada badan yang cergas"...
Dekat-dekat peperiksaan ini, perlulah kita menjaga kesihatan kita, makan kita,tidur kita dan sebagainya. Riadah untuk badan juga perlu untuk mencerdaskan minda tetapi berhati-hatilah agar keselamatan diri kita terpelihara.

PERSEDIAAN MENTAL

Biasa kita dengar kata-kata dari bait sebuat lagu iaitu "engklaulah apa kau fikirkan".
Apa yang penting di sini ialah fikirlah kejayaan untuk tambah keyakinan. Elakkan berfikir perkara-perkara yang negatif yang boleh merosakkan persepsi dan perlakuan kita. Ingatlah harapan ibu bapa kita amat tinggi untuk melihat kita berjaya.

PERSEDIAAN EMOSI

Hal ini juga penting agar kita boleh fokus dengan ul
angkaji dan peperiksaan kita. Jangan terlalu memikirkan perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat perasaan kita.Jaga emosi kita dalam diri dan juga sesama rakan kerana hubungan dengan manusia itu juga penting.

PERSEDIAAN ROHANI

Dalam mempersiapkan diri, jangan kita lupa pada tuhan yang menciptakan kita.Banyakkanlah berdoa sebelum,semasa, dan selepas peperiksaan. Ingatlah bahawa usaha kita bukan segala-galanya jika tidak disertakan dengan tawakkal kepada tuhan.

PERSEDIAAN PADA HARI PEPERIKSAAN

Ingin dipesankan di sini bahawa pastikan diri anda tenang pada hari peperiksaan. jangan tidur terlalu lewat sehingga boleh mengganggu tumpuan anda terhadap peperiksaan. sediakan alatan peperiksaan secukupnya agar anda tidak selabah pada hari tersebut. Bacalah surah Luqman agar diberikan ilham dan dipermudahkan pada hari tersebut. Mintalah restu kepada kedua ibu bapa kita agar mereka mendoakan kesejahteraan kita..

Saya rasa setakat ini sahajalah perkongsian ringkas saya. Jika ada apa-apa lagi bolehlah saudara saudari 'post' kan di ruangan komen. Binalah keikhlasan dalam diri kalian agar apa jua natijah yang diperoleh kelah dapat kalian redha kerana itulah yang terbaik untuk kalian.
Sekian.Semoga kalian berjaya dengan jayanya. Wallahua'lam.=)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, April 08, 2011

Bengkel Teknik Asas Photoshop Bersama Fendy


10 April · 09:00 - 13:00

Bilik diskusi Al-Ghazali, USIM

Ayuh beramai-ramai warga PRU kita bersama menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed