Selasa, Jun 21, 2011
Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP
Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Pahang (PERSIS UMP) bakal menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP pada 14-16 Oktober 2011 bertempat di Kompleks Sukan UMP.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa kini tentang alam pekerjaan yang bakal mereka hadapi kelak.
Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini untuk capaian ke laman blog kakkUMP.
Diharapkan kepada semua ahli PRU untuk bersama-sama terlibat dan mengambil input yang berguna daripada aktiviti yang bakal dijalankan agar CAREX 2011 yang bakal kita anjurkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian.
Ahad, Jun 12, 2011
Bersama Family (1)
Sabtu, Jun 04, 2011
Tahniah!
Bengkel Penyiaran Media Memberi Kesan Terhadap Penyebaran Berita Kampus

NILAI, 18 MEI 2011- Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu bengkel khusus bagi menaiktaraf kualiti penyiaran di USIM bermula hari ini.
Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik penyiaran yang berkesan sebagai wadah utama masyarakat kampus kepada dunia luar.
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar(BHEP), Encik Nasrul Hakim Ahmad ketika ucapan perasmian bengkel tersebut berkata, program susulan akan diadakan bagi memastikan media penyiaran di USIM terus unggul.
Seramai lebih kurang 30 orang mahasiswa USIM yang mewakili setiap kelab dan persatuan di bawah BHEP telah menghadirkan diri ke bengkel tersebut bertempat di DKF 1.2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP). Malah, beberapa barisan penceramah telah dijemput khas bagi menjayakan bengkel ini antaranya personaliti TV3, Encik Ahmad Fedtri Yahya.
Program yang diselia oleh Unit Kebudayaan BHEP USIM ini diharap dapat menarik minat lebih ramai lagi mahasiswa terhadap bidang penyiaran dan seterusnya dapat mempromosikan pelbagai aktiviti kampus kepada masyarakat luar.








