Ahad, Mac 04, 2012

teknik akupuntur mudah!

Assalamualaikum semua!Hari ini kami ingin berkongsi satu teknik mudah yang kita sama-sama boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita!Ia adalah teknik 'tapping' atau 'emotional freedom technique(EFT)' dalam bahasa inggeris.Nak tahu?Jom sama-sama kita tinjau serba sedikit berkenaan dengannya!

Teknik Kebebasan Emosi (EFT) adalah satu bentuk intervensi kaunseling yang menarik mengenai pelbagai teori perubatan alternatif termasuk akupuntur,pengaturcaraan neuro-linguistik dan Pemikiran Terapi Medan. Semasa sesi EFT, pelanggan akan memberi tumpuan kepada isu tertentu manakala memanfaatkanapa yang dipanggil "mata akhir meridian tenaga badan.

Gambar di atas menunjukkan antara titik-titik EFT yang tertentu yang mampu memberi ransangan positif pada badan.


EFT adalah teknik yang mudah, berkuasa dan mudah untuk dipelajari. EFT boleh membantu manusia mengubah emosi menyakitkan atau yang tidak diingini, kepercayaan atau pemikiran ke dalam keamanan, kegembiraan, keyakinan,kreativiti dan kuasa dalaman dalam diri kita.

EFT juga selamat, tidak mengembil masa yang lama, dan boleh dilakukan sendiri. Ia memberi ransangan yang baik dengan menjadikan dalaman diri kita berasa tenang, mengelakkan gangguan trauma, mengatasi stress, dan memberi perasaan yang baru dalam diri. Ia tidak perlu menggunakan jarum yang menyakitkan seperti teknik akupuntur tradisional yang kita ketahui.Hanya menggunakan 4 jari dalam proses 'tspping' ini mampu membantu kita dalam mengatasi pelbagai penyakit. Apa yang menakjubkan lagi ialah kaedah 'tapping' ini mampu mengendalikan masalah berat badan!

Serba sedikit mengenai maklumat umum EFT boleh didapati di sini dan untuk maklumat lanjut mengenai kebaikan tapping boleh lawati link ini..=)

SELAMAT MENCUBA!

Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, November 27, 2011

BENGKEL BAIKI KENDERAAN


Anda sangsi?
Selalu menghadapi masalah genting sewaktu berkenderaan?
Putus harapan?
Panik?

Ya!Kami ada solusi untuk anda!Jom sertai kami dalam BENGKEL BAIKI KENDERAAN anjuran PRU USIM!

Bengkel ini melibatkan 3 orang penceramah hebat yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang ini. Bengkel ini amat membantu bagi mereka yang sering menghadapi masalah dalam mengendalikan kenderaan masing-masing terutama bagi kaum wanita.

Namun, jangan anggap ia tidak berguna baki kaum lelaki.Hal ini kerana ilmu yang bakal disampaikan mungkin sukat untuk kita peroleh di dunia luar. Dengan hanya berbekal RM10 anda mampu mengubah penghidupan anda sebagai seorang yang berpengetahuan bukan sahaja dalam bidang ilmu di dewan kuliah malah ilmu-ilmu praktikal sebegini lebih menjadikan anda seorang yang berkeyakinan diri!

Jom sama-sama kita mendaftar untuk mengikuti bengkel baiki kenderaan anjuran Kelab Pembimbing Rakan Universiti ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di laman FB kami!=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA USIM

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS


JOM SAMA-SAMA KITA SERTAI KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA USIM(CAREX'11) YANG JULUNG KALINYA DIBUAT SECARA BESAR-BESARAN MELIBATKAN SEMURUL PELOSOK MALAYSIA.PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YANG DISEDIAKAN!UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA KLIK DI SINI.JUMPA KAMI DI SANA!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, November 21, 2011

TEMUDUGA TERBUKA TV ALHIJRAH


Sukacita dimaklumkan bahawa ALHIJRAH MEDIA CORPORATION(TV ALHIJRAH) akan mengadakan temuduga terbuka kepada para pengunjung di Karnival Kerjaya (CAREX'11) khususnya buat graduan-graduan yang telah tamat pengajian.Sila buat persediaan seperti resume pada hari tersebut. Ayuh kita garap peluang ini!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed