Rabu, April 04, 2012

Bengkel Baiki Kenderaan



POLITEKNIK PORT DICKSON, 10 MAC 2012- Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripadamahasiswa/i USIM telah menyertai Bengkel Membaiki Kenderaan. Turut hadir bersama 8 orang fasilitator dalam kalangan ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM. Bengkel yang merupakan anjuran Exco Kerjaya PRU ini telah dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Bengkel ini telah mendedahkan para peserta tentang teori selok-belok masalah asas kenderaan yang sering dihadapi, cara pengendalian, dan yang paling menarik mereka dapat mengaplikasikan sendiri ilmu yang telah diperoleh sewaktu slot pertama dan kedua pada slot ketiga iaitu slot praktikal.

“Alhamdulillah, kami merasa sangat berbaloi menghadiri bengkel ini. Kalau boleh di masa akan datang, program ini boleh dipanjangkan lagi tempohnya untuk kami belajar lebih banyak kemahiran,” ujar salah seorang peserta bengkel. Harapan dari para peserta agar program semacam ini mampu diteruskan dan dibuat lagi pada masa akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Mac 25, 2012

Pengambilan ahli baru telah dibuka!

PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/I USIM..
INSYAALLAH PENGAMBILAN AHLI BARU BAGI KELAB PEMBIMBING RAKAN UNIVERSITI TELAH DIBUKA!
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KAMI BOLEHLAH MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN DI PKP PADA MINGGU INI DI KEDAI AN-NAJIHIN DAN AL-FAIZ...
DAN PROSES SARINGAN AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU-31/03/2012
SEBARANG PERTANYAAN DAN MASALAH BOLEH DIKEMUKAKAN DI SINI
SEKIAN.TERIMA KASIH..=)
"KAMI PRIHATIN"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Mac 20, 2012

Seminar aktifkan dirimu!




Tentatif :

8.00 pagi : Pendaftaran para peserta dan sarapan pagi

8.30 pagi : Slot 1 : Seronoknya Berpersatuan!

Oleh : En Mahmud Mukhyuddin

10.30 pagi : Aktiviti santai

11.00 pagi : Slot 2 : Pengurusan Masa Belajar VS Persatuan

Oleh : En Muhammad Abu Bakar

1.00 t/hari : Penyampaian cenderamata

1.15 t/hari : Majlis Bersurai dan makan tengahari



Secara umumnya, slot-slot yang akan kita ikuti memfokuskan pengalaman hidup si penceramah, cara mereka membahagikan masa antara belajar dan persatuan, impak berpersatuan pada kehidupannya sekarang,dan macam-macam lagi!

Seminar yang berbentuk santai ini diadakan bagi mengalakkan mahasiswa/i USIM aktif berpersatuan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang peri pentingnya persatuan yang disertai dan kaitannya dengan alam pekerjaan kelak. Mahasiswa/i perlu sedar bahawa kehidupan di kampus bukan semata-mata untuk mengejar 'pointer' yang tinggi tetapi perlu melengkapkan diri dengan skil-skil kemahiran insaniah. Bagi mereka yang ingin aktif berpesatuan namun takut untuk menceburkan diri lantaran khuatir tidak dapat menguruskan masa, seminar ini adalah jawapannya!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed