Khamis, Mei 10, 2012

Management Slot



Program Management Slot ini diadakan di Bilik Al-Ghazali HEP dengan kehadiran seramai 32 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM.Ceramah yang disampaikan oleh Puan Masni Hasim ini memberi pendedahan kepada semua ahli kelab khususnya kepada ahli kelab yang baru tentang proses surat menyurat, maklumat terperinci berkenaan kertas kerja, pekeliling jamuan, bayaran kepada penceramah jemputan mengikut kelayakan, dan berbagai- bagai lagi ilmu yang penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah program.
Alhamdulillah, program ini memberi impak positif kepada setiap ahli dan diharapkan pada masa yang akan datang setiap ahli akan mempraktikan ilmu yang berguna ini bagi memastikan kelangsungan sesebuah program yang dianjurkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Mei 08, 2012

D'Si 6

Assalamualaikum wbt..
Keliru?Buntu?
Tidak tahu mana yang terbaik di saat akhir ini?

Ayuh,marilah lapangkan sedikit masa anda untuk kita bersantai sejenak berkongsi cita dan rasa!
Mungkin di sini anda akan temui jawapannya!

Berminat?
Hubungi no yang tertera di atas=)

"Kami Prihatin"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Mei 06, 2012

Libur Santai




Pada 5/5/2012, Pembimbing rakan universiti Usim (PRU) telah berjaya mengadakan program Libur Santai buat julung kali bersama-sama keluarga baru PRU yang dilantik baru- baru
ini. Program pada malam tersebut bertemakan Tayangan membawa semua keluarga PRU yang hadir untuk sama-sama mengambil iktibar daripada semangat kerjasama,kekeluargaan, dan pelbagai lagi sifat yang perlu dalam berorganisasi. Program yang berbentuk santai ini jelas memberi kesan kepada keluarga PRU memandangkan ada yang mengalirkan air mata menonton video ini.
InsyaAllah program akan datang menemui anda ialah program Dialog Siswa yang bakal dikelolakan oleh keluarga baru PRU(PROTEM) pada bulan ini!=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Mei 02, 2012

Seminar Manifestasi Cinta


Seminar Manifestasi Cinta merupakan program Jabatan Pembangunan
Wanita Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pembimbing RakanUniversiti(PRU).Program yang ini
diadakan pada 21 Mac 2012 bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang telah dirasmikan oleh pengarah Jabatan pembangunan Wanita, Puan Nurhasmah bt Wan Muhamad.





Berbagai input yang telah dikongsikan bersama peserta program oleh penceramah jemputan
berkenaan isu wanita sebagai keldai dadah dan gangguan seksual terhadap wanita. Misalnya, di era ledakan informasi dan teknologi maklumat, gangguan seksual boleh berlaku menerusi internet dan mangsa tidak membataskan jantina, usia, agama, kaum, bangsa dan warna kulit. Gangguan seksual perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai untuk melakukan kesalahan seksual yang lebih berat seperti merogol .


Sekian.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed