Selasa, Disember 04, 2012

konvensyen PRSK Kebangsaan Ke 4

      Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah menyertai Konvensyen Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) kali ke-4 yang telah diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 2 hingga 4 November yang lepas.

      Konvensyen ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk membina ukhuwah sesama ahli Pembimbing Rakan Siswa daripada semua universiti dari seluruh negara yang terdiri daripada zon utara, tengah, selatan dan juga Sabah dan Sarawak.

      Jumlah ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM yang telah terlibat sebagai peserta jemputan adalah seramai 12 orang termasuk pengerusi PRSK serta seorang pembentang.

      Konvensyen pada kali ini juga diadakan untuk memberi pendedahan khusus kepada semua peserta di seluruh IPTA mengenai potensi masa hadapan Generasi Y dan juga sikap serta nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan diaplikasikan oleh Generasi Y bagi menjayakan misi, halatuju negara dan masa depan.

      Antara aktiviti sepanjang program ini ialah Ucapan Aluan oleh Y. Brs. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UniSZA, Sesi Taaruf/ Ice Breaking, Forum GEN Y Tingkah laku devian di kalangan Generasi dan cara menanganinya, Majlis Perasmian oleh Y.B. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan Lawatan ke Taman Monumen, Taman Tamadun Islam

      Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya disertai oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan dapat memperoleh banyak pengalaman dan kemahiran daripadanya. Diharap, konvensyen ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

             
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, November 13, 2012


Jangan putus asa dengan ujian Allah dan kita perlu sentiasa berdoa somoga ditunjukkan jalan yg lurus lagi benar supaya diberikannya hidayah dan ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, November 12, 2012

LAWATAN KERJAYA KE OTAI BURGER HOLDINGS SDN. BHD.





Pada 13 Oktober 2012, Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah menganjurkan Lawatan Kerjaya dan Perkongsian Pengalaman Bersama Otai Burger Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya ( UPKK ).
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i USIM tentang perniagaan franchise yang sedang berkembang pesat sebagai satu alternatif ke arah bidang kerjaya. 
Seramai 46 orang peserta dan 20 Ahli Jawatankuasa telah bergerak ke Setapak pada awal pagi 13 Oktober 2012. Program ini telah berjaya diadakan bermula dari pukul 9:30 pagi – 1:30 Petang di Training Hall Otai Holdings Sdn. Bhd. 
Secara amnya, objektif seminar ini berjaya dicapai di mana ia bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi kepada industri franchise yang semakin berkembang pesat di samping dapat berkongsi pengalaman bersama penceramah.
            Secara kesimpulannya, karnival ini telah berjaya dilaksanakan oleh Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Diharap, seminar ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.             
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Oktober 30, 2012

Budaya membaca amalan mulia


Salah satu perkara yang perlu dititik beratkan terutamanya sebagai seorang mahasiswa untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan adalah dengan membaca bahan-bahan bacaan seperti buku, journal, artikel, surat khabar dan lain-lain lagi. Justeru itu, di musim cuti pertengahan semester ini amatlah sesuai untuk kita sama-sama melipat gandakan ilmu pengetahuan dengan membaca kerana kebiasaannya pada waktu cuti sebegini lah kita mempunyai masa lapang dan ini adalah masa yang sesuai untuk kita menelaah pelajaran. Oleh itu marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada ini ke arah kebaikan dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya atau trend yang positif pada masa kini.

Nadi Ilmu Amalan Membaca =)

~Kami Prihatin~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed