Jumaat, Februari 19, 2010

"SEHARI BERSAMA UTeM"

“SEHARI BERSAMA UTeM”





















Pada 13 Februari 2010, PRU USIM telah menerima kunjungan dari PRS UTEM iaitu seramai 35 orang mahasiswa/i dan 3 orang guru pengiring. Pada ketika itu, bilangan fasilitator yang terdiri daripada PRU USIM sendiri, adalah seramai 10 orang sahaja ini disebabkan oleh pertembungan dengan program Lambaian Bayu di Sabah. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan sesama PRU dan PRS termasuk Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Di samping itu, mereka berkongsi dan saling bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara yang boleh meningkatkan lagi pengetahuan serta pandangan masing-masing berkaitan peranan sebagai badan pelajar universiti. Tidak ketinggalan juga, PRS UTeM di bawa melawati kawasan sekitar kampus.

Hubungan persahabatan antara PRU USIM dan PRS UTEM masih dikekalkan sehingga sekarang menerusi ‘facebook’.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Februari 09, 2010

MT PRU SESI 2009/2010

 
Tahniah kepada Ajk yang baru dilantik. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Januari 28, 2010

BenGkEL PenGaCarAaN MajLIs







Berminat untuk menjadi pengacara majlis??...bengkel ini memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik yang betul untuk menjadi seorang pengacara majlis. Menampilkan Encik Hasni Zulkiflee sebagai penceramahnya, bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama FSU dengan bilangan peserta yang dihadkan kepada 30 orang sahaja.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Januari 27, 2010

SeMinAr EkSpLoRAsI kErJaYA



Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah (UKPS) dengan kerjasama PRU telah menganjurkan Seminar Eksplorasi Kerjaya khusus untuk siswa dan siswi USIM tahun akhir. Seminar ini telah diadakan dengan jayanya pada 10 & 11 Oktober 2009 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3). Seramai 170 orang pelajar telah menyertai seminar ini. Selaras dengan objektif program untuk membantu siswa dan siswi USIM membuat persediaan untuk menghadapi dunia kerjaya,pelbagai pengisian ceramah telah dilakukan sepanjang program oleh penceramah jemputan yang arif dalam bidang masing-masing. Di antara pengisian program adalah bagaimana kaedah penyediaan resume, kecerdasan emosi di tempat bekerja, persediaan menghadiri temuduga, imej dan keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi serta etika dan nilai-nilai murni dalam pekerjaan
Dan juga buat julung-julng kalinya semua PRU (termasuk junior) telah turun padang untuk sama-sama menjayakan seminar ini dan juga di samping memberi sokongan kepada Puan Masni kami yang baru sahaja memikul kembali tugasnya menggantikan Encik Hasni...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed