Selasa, Oktober 18, 2011

Ayuh Berdialog!


secara umumnya..
D'si mrupakan program tahunan PRU yang berbentuk santai..
terbuka kepada semua warga USIM..
dalam program ini, pelajar diberi peluang untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang pandangan peribadi mereka terhadap sesuatu..
Masalah2 yang beriktibar juga boleh dikongsi dan pendapat juga boleh diminta dan disumbang berkaitan dengan modul yg disediakan..
tetapi jangan salah faham ya..
Diskusi ini bukanlah hanya 'omong2 kosong'..
Tetapi dalam setiap Group yang dibuat akan ada pencatit bagi 'membawa pendapat dan suara anda ke pihak atasan untuk penambahbaikan..

D'si kali ini bertajuk

WHO I AM
bersama-sama kita mengupas personaliti diri dan mendalami serta memahami diri kita
ramai yang masih keliru dan tidak dapat menjawab persoalan jika ditanya tentang;
~siapa anda?
~apa kelebian anda?
~apa kelemahan anda?
~ceritakan tentang diri anda?

dan sebagainya..

biasanya, soalan-soalan seperti ini sering ditanyakan sewaktu sesi temuduga

oleh itu,percayalah!anda tidak akan rugi menyertai program ini..
lepaskan kegelisahan dan kegusaran dengan menyertai D'SI!

untuk menyertai program ini,anda boleh menghubungi nombor yang tertera di poster..

SEMOGA USIM TERUS MAJU!
^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, September 30, 2011

Isnin, Julai 11, 2011

Selasa, Jun 21, 2011

Perkampungan PERSIS IPTA 2011


Pada 24 hingga 27 Mei yang lalu, seramai 20 orang ahli PRU Universiti Sians Islam Malaysia telah menyertai Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS) IPTA 2011 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) .Kira-kira 400 penuntut daripada 19 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk politeknik juga menyertai program ini.
Program empat hari yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Program anjuran bersama UTM dan Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (Makuma), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hema), Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM turut dihadiri Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Prof. Madya Dr. Mohamed Sharif Mustaffa.

Ia juga dijadikan sebagai satu platform kepada ahli Persis untuk berkumpul meningkatkan motivasi dan kesedaran tinggi di kalangan mahasiswa.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Program Khidmat Komuniti Masyarakat yang bertempat di sekolah-sekolah orang asli, muallaf, dan kampung-kampung di sekitar Johor.

Mesyuarat MAKUMA juga telah diadakan dan sebulat suara telah melantik wakil dari PRU USIM sebagai pengerusi PRSK.

Diharapkan program ini dapat menjadi menggalak dan pemula bagi program-program akan datang supaya berjala dengan lebih teratur dan sempurna.Sekian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed