Selasa, Mei 15, 2012

Lawatan UPNM



Deligasi Peers Leaders UPNM seramai 40 orang telah mengadakan lawatan persahabatan ke USIM pada 12/5/12(Sabtu). Tujuan lawatan ini diadakan untuk perkongsian pengalaman antara Peers Leaders UPNM dan PRU USIM. Lawatan yang melibatkan dua buah universiti ini telah memberi impak yang besar dan baik kepada kedua-dua belah pihak. Program ini memberi peluang antara mereka berkongsi pengalaman, berbincang tentang pengurusan program, dan berbagai-bagai lagi perkongsia yang sememangnya amat bermakna dan berguna.Antara perancangan yang dibincang bersama ialah mengadakan kolabrasi antara Peers Leaders UPNM dan PRU USIM untuk membuat program melibatkan IPTA Malaysia. Di harap pada masa akan datang PRU USIM pula mengadakan lawatan balas ke sana.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Mei 14, 2012

Kesempatan

Kesempatan itu tidak datang selalu..
Kesempatan hadir tak kira sama ada kita memerlukannya atau tidak...
Kesempatan amat memberi makna dalam hidup kita..
Tanpa kesempatan, tidak mungkin kita dapat menyerlahkan apa yang terpendam, menimba pengalaman, mengusulkan pendapat, dan lain-lain..
Tiada ruginya jika kita teguh menggenggam kesempatan..
Cuba dan terus mencuba..
Siapa tahu, dari kesempatan itulah kita bisa menjadi orang yang terkenal..
Dari kesempatan itulah kita mampu mengganti masa-masa sempit kita..
Dari kesempatan itulah juga kita sedar bahawa kita harus,perlu,dan mesti mencuba!

Oleh itu,
jangan biarkan dirimu terus terpenjara dengan ketakutan yang menyelubungi..
Buangkanlah rasa ragu dan gentar yang tertanam dalam diri..
Ayuh!Bangkitlah dan garaplah kesempatan demi kesempatan..
Agar kelak...kita tidak menjadi orang yang ketinggalan...








Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Mei 10, 2012

Management Slot



Program Management Slot ini diadakan di Bilik Al-Ghazali HEP dengan kehadiran seramai 32 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM.Ceramah yang disampaikan oleh Puan Masni Hasim ini memberi pendedahan kepada semua ahli kelab khususnya kepada ahli kelab yang baru tentang proses surat menyurat, maklumat terperinci berkenaan kertas kerja, pekeliling jamuan, bayaran kepada penceramah jemputan mengikut kelayakan, dan berbagai- bagai lagi ilmu yang penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah program.
Alhamdulillah, program ini memberi impak positif kepada setiap ahli dan diharapkan pada masa yang akan datang setiap ahli akan mempraktikan ilmu yang berguna ini bagi memastikan kelangsungan sesebuah program yang dianjurkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Mei 08, 2012

D'Si 6

Assalamualaikum wbt..
Keliru?Buntu?
Tidak tahu mana yang terbaik di saat akhir ini?

Ayuh,marilah lapangkan sedikit masa anda untuk kita bersantai sejenak berkongsi cita dan rasa!
Mungkin di sini anda akan temui jawapannya!

Berminat?
Hubungi no yang tertera di atas=)

"Kami Prihatin"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed