Selasa, Mei 22, 2012

D'Si 6 2012




Program Dialog Siswa yang ke-6 pada tahun 2012 yang diadakan 11 Mei yang lalu ini merupakan program tahunan Kelab Pembimbing Rakan Universiti ini diadakan di Kolej Kediaman Satu (KK1) telah melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta tahun satu. Objektif program yang berbentuk santai ini dijalankan adalah untuk berkongsi pengalaman dan merupakan peluang untuk ahli-ahli PRU bersama-sama dengan mahasiswa/i USIM.

Hasil daripada program tersebut mendapat respon yang positif. Alhamdulillah, para peserta berpuas hati dengan perbincangan dan dialog yang mereka sertai bersama fasilitator jemputan yang juga terdiri daripada kalangan PRU sendiri. Diharap program tahunan ini dapat dijalankan dengan lebih tersusun dengan penigkatan peserta dari tahun ke tahun.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, Mei 19, 2012

AKSIS'11

Tarikh:16 Mei 2012
Masa:8.00pm-11.00pm
Hari:Rabu
Tempat:Dewan Kuliah Utama (DKU) FPQS
Tahniah kepada Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM kerana telah berjaya merangkul anugerah pada tahun ini!Anugerah ulung yang diberikan merupakan Anugerah Khas Juri! Jutaan tahniah juga diucapkan kepada Saudara Amirul Affendy Md Saad atas kejayan merangkul 2 anugerah pada malam tersebut iaitu Anugerah Jasa Bakti (Pembangunan Insan) dan Anugerah Perdana Siswa.Semoga kejayaan kali ini memberi semangat untuk semua bagi berusaha dengan lebih gigih untuk memartabatkan PRU pada masa yang akan datang!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Mei 18, 2012

Klinik Pengurusan Stress 2012..

Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Dewan Kuliah Fakulti 2.2, Fakulti Pengajian Qur’an dan Sunnah

Jumlah Peserta: 70 orang

Program Klinik Pengurusan Stress terbahagi kepada tiga slot ceramah,
~Kenali Stress Dari Dekat
~Aplikasi Terapi Relaksasi dalam Pengurusan Stress
~Teknik-teknik pengurusan stress.
Program Klinik Pengurusan Stress ini telah dianjurkan oleh Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar; dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Universiti. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik menguruskan stress serta memberi celik akal kepada para pelajar untuk menghargai diri dan kehidupan mereka.
Program ini sememangnya amat memberi kesan yuang mendalam kepada para pelajar yang hadir. Semoga program seperti ini dapat dijalankan pada masa yang akan datang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Mei 15, 2012

Lawatan UPNM



Deligasi Peers Leaders UPNM seramai 40 orang telah mengadakan lawatan persahabatan ke USIM pada 12/5/12(Sabtu). Tujuan lawatan ini diadakan untuk perkongsian pengalaman antara Peers Leaders UPNM dan PRU USIM. Lawatan yang melibatkan dua buah universiti ini telah memberi impak yang besar dan baik kepada kedua-dua belah pihak. Program ini memberi peluang antara mereka berkongsi pengalaman, berbincang tentang pengurusan program, dan berbagai-bagai lagi perkongsia yang sememangnya amat bermakna dan berguna.Antara perancangan yang dibincang bersama ialah mengadakan kolabrasi antara Peers Leaders UPNM dan PRU USIM untuk membuat program melibatkan IPTA Malaysia. Di harap pada masa akan datang PRU USIM pula mengadakan lawatan balas ke sana.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed