Sabtu, Januari 19, 2013

Selamat Bercuti!




Musim Cuti semester kembali lagi!Ayuh manfaatkan masa yang ada untuk bersama keluarga di rumah atau melakukan aktiviti berfaedah di musim cuti ini dengan kita tidak meninggalkan terus ilmu yang dipelajari di semester yang lepas. Manfaatkanlah musim cuti dengan mengulang kaji serba sedikit subjek-subjek untuk semester hadapan bagi mendapatkan gambaran awal serta untuk memudahkan kita memahami subjek tersebut dengan lebih mendalam lagi. Tidak kira apa yang akan kita lakukan sepanjang cuti ini,  pastikan masa cuti kita diisi dengan perkara yang bermanfaat agar setiap masa yang kita lalui dalam hidup ini adalah masa yang berkualiti. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan kejayaan berdasarkan kuantiti, tetapi berdasarkan usaha kita yang berkualiti dan sistematik.

PRU

Kami Prihatin
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Januari 07, 2013

Tips semasa Exam


Kami Prihatin
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Disember 30, 2012

Tips Sebelum Peperiksaan




~Kami Prihatin~



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Disember 25, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan


Peperiksaan Akhir Semester kembali lagi!Mungkin ramai di antara kita yang tidak sabar untuk menghadapi  peperiksaan pada kali ini disebabkan sudah bersedia sejak dari awal lagi dengan persiapan yang sistematik, mantap dan berkesan dalam menghadapi peperiksaan, kepada pelajar yang bertungkus-lumus melakukan persediaan yang rapi, tahniah diucapkan kerana anda mungkin berjaya menterjemahkan ilmu serta kefahaman yang dimiliki di atas kertas nanti. mungkin juga ada di antara kita yang tidak sabar menempuh peperiksaan buat pertama kalinya di alam Universiti sebagai mahasiswa baru di USIM.

Namun begitu, terdapat juga di antara kita yang masih lagi tidak bersedia menghadapi peperiksaan kali ini dan merasakan waktu sangat pantas berlalu hingga menyebabkan mereka tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran dengan berkesan, sempena peperiksaan kali ini,  kami menyediakan tips-tips yang boleh diamalkan untuk mengulangkaji pelajaran dengan berkesan:

1. Baca buku/nota ringkas berulang kali
2. Perbanyakkan belajar secara berkumpulan supaya kita dapat berkongsi ilmu yang dimiliki
3. Elakkan berbual perkara yang tidak berfaedah semasa belajar
4. Amalkan Qiamullail sebelum ulangkaji pelajaran
5. Kurangkan bermain game.
6. Banyakkan berzikir pada Allah
7. Meminta maaf dan maafkan semua orang
8. Jangan lakukan maksiat
9. Banyakkan bersedekah
10. Mengulangkaji pelajaran di Masjid atau Surau
11. Ambil Wudhu sebelum belajar
12. Membaca atau Menghafal Al-Quran
13. Amalkan pemakanan mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk belajar dengan lebih berkualiti dan berkesan walaupun dalam masa yang singkat.


~Kami Prihatin~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed