Ramadan kini sudah memasuki fasa pertenghan dan semakin menhampiri penghujungnya untuk meninggalkan kita semua pd kali ini, kita khuatir jika kita masih tidak merasa simbahan ramadhan dan keampunan yang dijanjikan Allah dalam ramadhan, kita risau tiada lagi rahmat dan keampunan tuhan buat kita. Beribadatlah walau tidak khusuk, berzikirlah walau tidak tenang dan berbuat kebaikanlah walau tak terasa nikmatnya kerana kata Ulama Sufi, "Berzikirlah walaupun dalam keadaan lalai moga Allah akan mengangkat darjatmu daripada zikir dalam keadaan lalai kepada zikir yang mendekatkan dirimu kepada tuhan mu"
RAMADHAN KAREEM
Rabu, Julai 24, 2013
Rabu, Julai 10, 2013
Ramadhan Kareem
Bulan Rejab adalah bulan Allah S.W.T, Sya'ban pula bulan Rasulullah S.A.W, manakala Ramadhan adalah bulan Umat Muhammad. Di awal bulan Ramadhan terdapat rahmat, dipertengahannya pula keampunan dan diakhirnya pembebasan daripada api neraka. Begitulah besarnya pengertian dan kelebihan bulan Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita Insan yang selalu berada dalam kelemahan dan kekurangan sebagai madrasa atau akademi bagi kita untuk penyucian hati dan anggota badan dari dosa-dosa yang lalu melalui Tarbiyyah yang kita jalankan selama sebulan pada setiap tahun. Sunggu besar ganjaran serta kesannya bagi sesiapa yang memanfaatkan Tarbiyyah Ramadhan sepanjang hidupnya kerana melalui tarbiyyah Ramadhan juga seseorang itu boleh ubah sikap dan tingkahlakunya daripada negatif kepada positif sepanjang bulan Ramadhan mahupun selepas Ramadhan bagi mereka yang berusaha untuk ditarbiyyah pada bulan ini
Jadi sama-samalah kita perbetulkan niat didalam kita menghadapi bulan Ramadhan serta jadikanlah Ramadhan ini sebagai platform terbaik untuk mengubah diri menjadi lebih taat pada Allah S.W.T Insya Allah.
PRU
-Kami Prihatin-
Ahad, Jun 30, 2013
Selamat Bercuti
Setelah lebih 3 minggu menghadapi final exam pada semester kali ini, tibalah masanya untuk para mahasiswa USIM menjalani musim cuti semester setelah badan dan otak disibukkan dengan kerja-kerja akademik dan ko-kurikulum. Cuti semester pada kali ini jatuh pada 1 Julai 2013 sehingga awal bula 9 iaitu lebih kurang 2 bulan lebih, kepada yang balik kampung diucapkan selamat sampai ke desttinasi masing-masing dengan selamat dan manfaatkanlah masa cuti yang panjang pada kali ini dengan aktiviti serta program yang bermanfaat, jangan biarkan masa cuti anda dengan melakukan perkara yang sia-sia atu pun hanya duduk di rumah tampa berbuat apa-apa sebaliknya kekalkan lah momentum proses pembelajaran dimusim cuti dengan mempelbanyakkan membaca buku-buku ilmiah, menghadirkan diri ke masjid untuk mendengar kuliah agama terutamanyu pada bulan Ramadhan yang menuntuk kita untuk mengimarahkan Masjid dan Surau serta menghadiri seminar forum dan sebagainya supaya hati dan otak akan segar dengan ilmu untuk dibawa ke semester baru dengan suasana baru dan pengalaman baru yang akan menjadi lebih mencabar.
PRU
-Kami Prihatin-
Isnin, Jun 10, 2013
Salam Peperiksaan Semester II Sesi 2012/2013
PRU
Kami Prihatin
Langgan:
Catatan (Atom)











