Isnin, September 23, 2013

Dialog Siswa Siri ke-7 (D'si 7)

Tarikh : 21 September 2013

Masa  : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat: Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial Fakulti Sains dan Teknologi, USIM

Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) dan juga Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya mengadakan satu program berbentuk dialog santai iaitu Dialog Siswa siri ke-7. Dialog Siswa merupakan program wajib Kelab PRU setiap tahun yang mana melibatkan peserta dalam kalangan penghuni kolej-kolej kediaman di USIM. 

Oleh itu, Kelab PRU telah mendapat kerjasama yang baik dari Pusat Tamhidi untuk sama-sama menjayakan D'si 7 ini. Program ini telah dihadiri seramai 170 orang dari pelajar-pelajar tamhidi yang terdiri daripada Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Perubatan, Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Syariah dan Undang-Undang dan juga Tamhidi Pergigian.


Program D'si 7 ini bertujuan untuk memberi motivasi dan perkongsian ilmu tentang pendedahan teknik-teknik belajar berkesan, pengurusan masa serta membuat pilihan terbaik dalam memilih bidang untuk pengajian yang seterusnya. Selain itu, program ini juga sebagai satu landasan untuk mewujudkan hubungan yang baik antara ahli Kelab PRU dan juga pelajar Tamhidi USIM. 





Antara pengisian sepanjang program ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang membincangkan isu life campus secara santai bersama-sama fasilitator dalam kalangan ahli Kelab PRU sendiri. Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan mendapat respon yang positif dari kalangan peserta







Kesimpulannya, diharapkan program ini dapat memberikan semangat baru dan motivasi yang tinggi kepada para peseta untuk meneruskan perjuangan di bumi USIM seterusnya menjadi mahasiswa Al-Abrar yang sedia berbakti kepada ummah dan masyarakat.

-KAMI PRIHATIN-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, September 22, 2013

Forum Muslimah Gen-Y : Antara Dakwah, Keluarga dan Kerjaya

Tarikh: 11 September 2013

Masa: 8.30-10.30 Malam

Tempat: Dewan Kuliah Pusat 3

Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah berjaya mengadakan satu forum bertajuk Muslimah Gen-Y: Antara Dakwah, Keluarga dan Kerjaya. Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tentang isu semasa melibatkan wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab lain. Ini sebagai pendedahan awal bagi peserta untuk membuat persedian dan pilihan sebelum melangkah ke alam yang lebih mencabar.


Forum ini terdiri daripada dua orang panel iaitu Ummi Rosses, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah dan juga Saudari Nurul Suhadah Shuib, Assistant Trainer, Ibrah Paradigm Training and Consultancy. Manakala moderator ialah pengarah program, Saudari Nur Juliana Jusoh selaku mantan Timbalan Pengerusi Kelab PRU Sesi 2012/2013.


Forum ini telah dihadiri hampir 300 orang mahasiswa/i USIM. Sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta ini telah memberi inspirasi kepada ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti yang lain untuk terus berusaha mengajurkan program-program yang lebih bermanfaat pada masa akan datang. Semoga forum ini dapat memberi faedah dan seterusnya dijadikan panduan oleh para peserta untuk mencorak jalan kehidupan masing-masing pada masa akan datang.

peserta bergambar bersama salah seorang ahli panel, Ummi Rosses

-KAMI PRIHATIN-


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Julai 24, 2013

Muhasabah Ramadhan

Ramadan kini sudah memasuki fasa pertenghan dan semakin menhampiri penghujungnya untuk meninggalkan kita semua pd kali ini, kita khuatir jika kita masih tidak merasa simbahan ramadhan dan keampunan yang dijanjikan Allah dalam ramadhan, kita risau tiada lagi rahmat dan keampunan tuhan buat kita. Beribadatlah walau tidak khusuk, berzikirlah walau tidak tenang dan berbuat kebaikanlah walau tak terasa nikmatnya kerana kata Ulama Sufi, "Berzikirlah walaupun dalam keadaan lalai moga Allah akan mengangkat darjatmu daripada zikir dalam keadaan lalai kepada zikir yang mendekatkan dirimu kepada tuhan mu"

RAMADHAN KAREEM
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Julai 10, 2013

Ramadhan Kareem


Bulan Rejab adalah bulan Allah S.W.T, Sya'ban pula bulan Rasulullah S.A.W, manakala Ramadhan adalah bulan Umat Muhammad. Di awal bulan Ramadhan terdapat rahmat, dipertengahannya pula keampunan dan diakhirnya pembebasan daripada api neraka. Begitulah besarnya pengertian dan kelebihan bulan Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita Insan yang selalu berada dalam kelemahan dan kekurangan sebagai madrasa atau akademi bagi kita untuk penyucian hati dan anggota badan dari dosa-dosa yang lalu melalui Tarbiyyah yang kita jalankan selama sebulan pada setiap tahun. Sunggu besar ganjaran serta kesannya bagi sesiapa yang memanfaatkan Tarbiyyah Ramadhan sepanjang hidupnya kerana melalui tarbiyyah Ramadhan juga seseorang itu boleh ubah sikap dan tingkahlakunya daripada negatif kepada positif sepanjang bulan Ramadhan mahupun selepas Ramadhan bagi mereka yang berusaha untuk ditarbiyyah pada bulan ini

Jadi sama-samalah kita perbetulkan niat didalam kita menghadapi bulan Ramadhan serta jadikanlah Ramadhan ini sebagai platform terbaik untuk mengubah diri menjadi lebih taat pada Allah S.W.T Insya Allah.

PRU

-Kami Prihatin-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed