Rabu, November 27, 2013

Pengambilan Ahli Baru PRU Sesi 2013/2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Anda inginkan softskill dalam pelbagai bidang? Mahu meningkatkan gaya komunikasi anda dengan pelbagai lapisan masyarakat? Kini Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) membuka permohonan keahlian baru bagi membantu diri anda dan orang lain. Permohonan adalah terbuka kepada SEMUA pelajar USIM!
Borang boleh didapati di:
~ Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya,HEP
~ Kedai An-Najihin Enterprise, PKP
~ Booth PRU di Pesta Konvokesyen Kali Ke-11 (28 November - 1 Disember)
~juga boleh dimuat turun disini
PEERS NEW MEMBERS APPLICATION FORM

p/s: Borang boleh dihantar di:
~Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya,HEP
~ Kedai An-Najihin Enterprise, PKP
~ Booth PRU di Pesta Konvokesyen Kali Ke-11 (28 November - 1 Disember)

-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, November 01, 2013

PROGRAM BIMBINGAN KERJAYA 2013 “FIND YOUR FUTURE”


NILAI, 26 OKTOBER 2013. – Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) dan Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP 4), Universiti Sains Islam Malaysia telah berlangsung dengan jayanya Program Bimbingan Kerjaya 2013 “FIND YOUR FUTURE”. Majlis dirasmikan oleh Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji. Program yang berlangsung selama satu hari ini adalah anjuran New Straits Times Press (NSTP) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

Program ini telah melibatkan lebih 480 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysiadan seramai 53 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan Kelab Taha@U. Dua buah organisasi yang besar menjadi penggerak utama program ini iaitu Media Prima Company dan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Perasmian oleh Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji
Secara keseluruhannya, objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan mengenai prospek kerjaya kepada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia khususnya bagi pelajar tahun akhir. Terdapat enam program yang menarik sepanjang program ini seperti Jelajah Kembara, Kerjaya Dalam Industri Media, Peluang Kerjaya Bersama Avon,  Pep Talk With The Right Man oleh Ustaz Izhar Ariff, Bicara Kerjaya dan Pengucapan Awam oleh Ally Iskandar, personaliti TV3. Disamping itu, terdapat aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan seperti pembukaan gerai oleh Jobs Malaysia, Berita Harian, Tabung Haji, IKON, Avon,dan NIB Exhibition; Mock & Real Interviews, 30 Minutes Special Slot with ICON dan Lucky Draw and Games.
Career Booth oleh Jobs Malaysia

Teknik Pengucapan Awam oleh personaliti TV3, Ally Iskandar

Pep Talk With The Right Man oleh Ustaz Izhar Ariff

                                       
Jelajah Kembara oleh Zahariz Khuzaimah

Menurut Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji selaku perasmian majlis berkata, ”Program bimbingan kerjaya ini diadakan untuk mendedahkan peluang kerjaya kepada para mahasiswa disamping membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa muslim dalam mencari pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing. Tambahnya lagi, ”para mahasiswa seharusnya mengambil peluang ketika berada di universiti bukan sekadar belajar tetapi turut melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dalam meningkatkan soft skill sebagai persediaan di alam pekerjaan nanti.”


Semoga program ini memberi 1001 manfaat kepada para peserta

-KAMI PRIHATIN-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, September 24, 2013

Team Building PRU: Jalinan Ikatan Mahabbah

Tarikh: 16 September 2013

Masa: 8.00 pagi - 5 petang

Tempat: Dataran Selera Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Seramai 34 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah berjaya menghadiri Team Building: Jalinan Ikatan Mahabbah. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli Kelab PRU dan juga sesi perkongsian bersama alumni dari Kelab PRU sendiri.


Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu tema Kelab PRU, Gemuruh, slot "Mengenali Diri" dengan inventori warna, permainan "Si buta" yang memerlukan kepercayaan antara ahli dan akhir sekali sesi bersama penasihat Kelab PRU, Cik Nur Farhana Bt Sulaiman.

Pengerusi Kelab PRU sesi 2013/2014

Penasihat Kelab PRU, Cik Nur Farhana Bt Sulaiman, Pegawai Psikologi

Permainan 'Si buta'


Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang positif dan semangat yang baru kepada ahli2 Kelab PRU. Semoga ukhuwah yang terjalin mekar hingga ke akhirnya. Pesan alumni Kelab PRU, Saudara Mahmud Mukhyuddin : "Beruntung siapa yang tahu kelebihannya dan rugi siapa yang tidak tahu kelebihannya".

-KAMI PRIHATIN-


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)

[HEBAHAN]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dimaklumkan tempat untuk Program Transformasi Diri anjuran Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) telah bertukar ke DKP 1. Datanglah beramai-ramai ke Bengkel PTD pada petang hari Rabu 2.30 hingga 4.30 petang mengikut tarikh seperti berikut. 

JOM TRANSFORM DIRI KITA!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed