Jumaat, Februari 05, 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SK BANDAR TASIK KESUMA







Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia telah menerima jemputan sebagai fasilitator dalam Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma Beranang, Selangor. Seramai 10 orang ahli PRU telah terlibat sebagai fasilitator dalam kursus ini. Kursus kepimpinan ini melibatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pengawas Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. 

Objektif utama perlaksanaan kursus ini adalah untuk menerap dan mencungkil nilai kepimpinan dalam diri setiap pengawas di sekolah ini. Antara modul yang digunakan sepanjang berlangsungnya kursus ini adalah modul Tangan Ajaib, Si Buta Sayang dan Pemimpin Yang Awesome. Setiap modul yang dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Di akhir kursus ini, para peserta melafazkan ikrar janji untuk menjadi pengawas sekolah yang tanggungjawab dan sentiasa profesional dalam melakukan tugasan di sekolah. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Januari 21, 2016

JOM KERJA JELAJAH FAKULTI FST


Jom Kerja pada kali ini telah menjelajah Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Program bertemakan "Start Here And Go Anywhere" ini dilakukan bagi memberi peluang kepada rakan-rakan Fakulti Sains dan Teknologi terutamanya pelajar Tahun 4 mengenai pendedahan awal dan persediaan dalam menempuh bidang kerjaya selepas bergraduasi.
Program yang dijalankan selama separuh hari ini meliputi beberapa slot, antaranya:
-Penyediaan Resume
-Persediaan Temuduga
-Role Play Temuduga
-Bidang Kerja Bergaji Tinggi


Pembimbing Rakan Universiti mengucapkan TAHNIAH dan selamat maju jaya dalam persediaan menempuh alam pekerjaan di masa hadapan.






-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KEM BESTARI SOLAT SK CYBERJAYA 2015



Seramai 41 Pembimbing, Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah dijemput sebagai Fasilitator bagi Program Kem Bestari Solat anjuran SK Cyberjaya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketua Fasilitator, Nasrullah Mat Isa berkata, Pembimbing Rakan Universiti berhasrat untuk membawa elemen bimbingan universiti kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak sekolah sebagai medium pengaruh yang baik kepada masyarakat luar. "Mahasiswa turut menyumbang kepakaran khas Pembimbing melalui modul aktiviti yang dijalankan".


Ahli Pembimbing Rakan Universiti mengangkat konsep pendekatan bimbingan secara psikologi dan kaunseling dalam memberi pendidikan kepada masyarakat luar mengikut tahap pendekatan yang berbeza tetapi berkesan.


 
-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Disember 05, 2014

Permohonan Bantuan Zakat USIM 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Permohonan Bantuan Zakat USIM 2014
Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat adalah dialu-alukan untuk memohon.
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui e-student masing-masing.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2014.




http://estudent2.usim.edu.my/announcements.php

Sumber: E-student USIM

-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed