Sabtu, Februari 20, 2010

ANNUAL GRAND MEETING 09/10


ANNUAL GRAND MEETING 09/10












Pembimbing Rakan Universiti USIM telah mengadakan Annual Grand Meeting atau mesyuarat tahunan yang melibatkan semua PRU sesi 08/09 termasuk anggota PRU yang baru dilantik pada 5 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat FKP. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengumpul semua ahli PRU bagi melantik generasi pelapis baru yang bakal menerajui PRU USIM bagi sesi 09/10 di samping menilai kembali semua aktiviti yang telah diadakan bagi tujuan penambahbaikan. Seramai 70 orang ahli PRU yang telibat dalam mesyuarat ini termasuk seorang penasihat PRU, Puan Nurhazreen bt Mohd. Nor. Semasa mesyuarat ini berlangsung, semua laporan yang berkaitan sepanjang sesi 08/09 dibentangkan. Sejuta penghargaan dan terima kasih buat jawatankuasa PRU 08/09 di atas kecemerlangan kalian dalam menerajui pucuk pimpinan PRU. Semoga jawatankuasa yang baru dilantik dapat meneruskan kesinambungan tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed