Khamis, April 08, 2010

LAMBAIAN DI BAWAH BAYU, SABAH

Pada 11 sehingga 19 Februari 2010 (Khamis hingga Jumaat), Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, Unit Bimbingan dan Kaunseling, UMS dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS), UMS telah mengadakan program Lambaian Di Bawah Bayu, Sabah yang bertempat di sekitar negeri Sabah. Program yang menerapkan konsep “perpaduan mengeratkan ukhwah” ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesatuan di antara mahasiswa/i dengan pelajar serta dapat melahirkan masyarakat yang saling memberi manfaat antara satu sama lain.  “Kasih Bertaut Menyemai Ukhwah”telah dipilih sebagai tema bagi progam ini.Urusetia serta fasilitator terdiri daripada mahasiswa/i USIM dan UMS. Antara pihak-pihak lain yang telah bekerjasama menjayakan program ini ialah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara, Sabah (UiTM), Sek. Men. Keb. Agama Kota Kinabalu (SMKAKK), Sek. Men. Keb. Agama Mohamad Ali Ranau (SEKAMAR), Rumah Anak-Anak Tambunan dan Hospital Mesra Bukit Padang. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut dan walaupun berjalan dengan agak kurang lancar disebabkan beberapa kekangan yang timbul, alhamdulillah kami dapat menimba pengalaman yang baru dan saling bertukar-tukar pandangan serta modul dengan pihak PRS dari UMS.
Sejuta peghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sama- sama terlibat dalam menjayakan program Lambaian Di Bawah Bayu ini.Semoga Exco PRU yang baru dilantik dapat meneruskan kesinambungan program bercorak seperti ini di samping dapat melebarkan rantai ikatan perhubungan dengan pihak- pihak universiti yang lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed