Ahad, Mac 01, 2009

Pameran 2009

assalamualaikm w.w

pada 10-13hb Februari 2009, Kelab Pembimbing Rakan Universiti telah mengadakan satu pameran secara besar-besaran. Pameran ini bertempat di Foyer FKP bermula dari jam 9.00-5.00petang.

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam pameran tersebut ialah kuiz, permainan UNO dan puzzle. Dalam aktiviti ini, kelab telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimiliki oleh setiap pemenang yang dapat menyelesaikan permainan tersebut.

Selain itu, setiap ahli kelab telah mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan kelab dan ukps. Kebanyakan risalah adalah berbentuk motivasi dan akademik. Ada juga risalah yang berbentuk psikologi seperti 'Belajar Rileks' dan cara untuk mendapatkan tidur yang cukup

Di samping mempromosikan kelab, ahli pru turut membantu ukps dalam ujian personaliti yang mereka anjurkan. pada masa yang sama, kelab pru dan ukps telah membuka penyertaan peserta untuk program-program yang akan datang seperti program "menuju puncak" yang akan dikendalikan oleh ukps dengan kerjasama pru.

di sepanjang pameran ini berlangsung, pru telah mengedarkan borang pengambilan ahli baru untuk sesi ini. penyertaan yang diterima amat menggalakkan di kalangan pelajar tahun satu dan ada juga dari pelajar tahun tiga dan selain keduanya.

untuk makluman, pameran ini berjalan lancar seperti yang dikehendaki. hakikatnya yang baik tu daripada ALLAH swt dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.

nice day =) wassalam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed