Jumaat, Mac 13, 2009

PROGRAM MOTIVASI DI RANTAU


Assalamualaikum......
Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari khamis 12 Mac 2009, satu program motivasi dan kecemerlangan diri telah diadakan di daerah Rantau,negeri sembilan. program ni merupakan progam anjuran MPN dengan kerjasama USIM...
Seramai 40 orang mahasiswa USIM telah terpilih sebagai fasilitator program ni....fasilitator terdiri dari ahli PRU dan terbuka kepada semua mahasiswa USIM yang berminat.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sekitar Majlis Perlantikan...


Pada hari Rabu bertarikh 11 Mac 2009 terciptanya satu lembaran baru dalam sejarah PRU Usim di mana majlis perlantikan exco baru 2008/2009 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKP.Alhamdulillah......majlis berjalan dengan lancar walaupun di tengah-tengah majlis tu berlangsung berlakunya satu kesilapan teknikal yang membengangkan THE LEG...hehe...but overall majlis berjalan dengan lancar...
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis ini termasuklah exco-exco lama seperti achik,kak yam, kak fatin, tajol n choi...you all the best la...



Masih terkenang-kenang lagi kata-kata Dato' Asin yang mengatakan kita sebagai PRU adalah di kalangan orang yang beruntung kerana terpilih untuk membimbing kawan-kawan kita yang lain....uisshhh...berat sungguh tanggungjawab kita sebagai PRU ni kan kan...
Pada exco-exco yang baru ni diharapkan anda semua dapat la menjalankan amanah yang telah diberikan untuk lebih memantapkan lagi PRU di masa yang akan datang....
good luck...............

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Mac 08, 2009

Members card

assalamualaikum w.w.

perhatian!!!!!!!!

setiap ahli akan mempunyai kad ahli kelab pembimbing rakan universiti..

insyaALLAH pada ujung bulan ini. itu pun kalau anda beri kerjasama, iaitu::
1) membayar yuran kad sebanyak RM10.00 shj
2) serta kan gambar anda yang hemsem dan yang cantik tu kat Fadzly a.k.a THE LEG

members card ini di design oleh THE LEG sendiri atas komen2 dari beberapa pihak termasuklah saya sekali...hehehehe
saya rasa majoriti ahli kelab da tengok design card tu...comey dan sewaktu dengannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, Mac 07, 2009

majlis penyampaian perlantikan

pru bakal mencipta sejarah dalam dunia kelab pru dangan mengadakan satu majlis penyampaian perlantikkan.

majlis ini akan berlangsung pada:
hari : RABU (11hb mac 2009)
masa : 2.00 ptg
tempat : bilik mesyuarat FKP

perjalanan majlis:
- doa
- ucapan aluan
- bacaan ikrar
- penyampaian penghargaan
- penyampaian perlantikan
- ucapan TNC
- jamuan dan bersurai

*semua ahli kelab diharap dapat hadir ke majlis tersebut.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

boikot israel

Sekarang ini kita dihangatkan dengan kisah peperangan yang menyayat hati sedang berlaku di Gaza, Palestin. Kekejaman Israel musuh Islam dan musuh Allah bermaharajalela. Umat Islam ditekan, dizalimi. Tapi kita dikatakan pengganas. Amerika pembela, penuntut keadilan. Di jalan benarkah mereka yang tidak faham erti gencatan senjata? Tidak menurut perjanjian damai yang dimahukan.

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud, "...tidak sesekali mereka (kaum musyrik) akan menyetujui kamu sehingga kamu menurut kata (tunjuk ajar) mereka...".

Mengapa ada antara kita (umat Islam) sendiri seolah-olah mengikut arahan Yahudi laknatullah? Isu Gaza, Palestin bukanlah isu atau masalah rakyat Palestin semata kerana ia adalah isu agama. Agama kita sedang ditindas. Agama kita sedang diperangi. Apakah yang kita lakukan? Masih menyogok membuntuti Amerika Syarikat?'

Apakah kita fikir bahawa apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku pada kita? Saat kita sedang berenak-enak dibuai kenikmatan dunia yang dipinjamkan Allah, kita berjalan, kita bergurau-senda, mereka tidak sempat memikirkan apakah peperangan ini akan berakhir? Bilakah ia akan tamat? Adakah pernah kita cuba berfikir perkara itu akan berlaku pada negara kita, pada kita?

Saat kita berlari-lari berkejaran bersama teman, anak-anak, mereka terpaksa melarikan diri dari jutaan bedilan bom Israel. Saat kita menghubungi ahli keluarga kita, mereka menatapi kematian demi kematian ahli keluarga tercinta. Saat kita mahu tidur menghilangkan lelah seharian, mereka tidak punya masa untuk itu, malah mereka tidak mampu untuk berfikir apakah mereka akan hidup walau hanya seminit lagi.

yusuf al-Qardawi ada mengeluarkan fatwa yang bermaksud bahawa "...apabila kita membantu Yahudi (termasuk membeli barangan mereka), kita seolah-olah membantu mereka menambah peluru untuk menghancurkan saudara kita sendiri di negara yang diperangi".

Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu? Apakah kita berani menjawab di hadapan Allah tatkala dipersoalkan-Nya nanti, apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan agama-Nya? Kita tidak mampu untuk berperang, kita menghulurkan bantuan kewangan, perubatan dan makanan, tidak mampu untuk itu apa lagi ruang yang kita boleh berbakti selain berdoa dan memboikot barangan keluaran Amerika, Yahudi dan sekutunya? Kerana ekonomi adalah 'senjata' sesebuah negara, maka dengan itu kita mampu melemahkan kekuatan mereka.

Teringat kisah burung kecil dalam peristiwa Nabi Ibrahim dibakar dalam api marak. Burung kecil itu terbang mengisi air di dalam paruhnya dan menitiskan air tersebut ke atas api yang sedang membakar Nabi Allah Ibarahim. Burung itu apabila ditanya "hai burung kecil, apakah yang kau lakukan? sedang tubuhmu yang kecil (dan perlakuan menitiskan air) tidak akan sekali memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim?" Lalu dijawab burung kecil itu "sekurang-kurangnya aku melaksanakan tugasku dan aku takut disoal Allah pada hari pembalasan nanti jika aku tidak melakukan apa-apa untuk membantu nabi-Nya."..

Apakah kita masih belum mendapat iktibar dari perbuatan si burung kecil yang tidak berakal itu? Laksanakanlah kewajipan kita. Biarpun sukar, tapi kita mampu untuk melakukannya. Semuanya hanya pada diri kita sendiri, di manakah kesedaran kita...........?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Mac 01, 2009

Pameran 2009

assalamualaikm w.w

pada 10-13hb Februari 2009, Kelab Pembimbing Rakan Universiti telah mengadakan satu pameran secara besar-besaran. Pameran ini bertempat di Foyer FKP bermula dari jam 9.00-5.00petang.

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam pameran tersebut ialah kuiz, permainan UNO dan puzzle. Dalam aktiviti ini, kelab telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimiliki oleh setiap pemenang yang dapat menyelesaikan permainan tersebut.

Selain itu, setiap ahli kelab telah mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan kelab dan ukps. Kebanyakan risalah adalah berbentuk motivasi dan akademik. Ada juga risalah yang berbentuk psikologi seperti 'Belajar Rileks' dan cara untuk mendapatkan tidur yang cukup

Di samping mempromosikan kelab, ahli pru turut membantu ukps dalam ujian personaliti yang mereka anjurkan. pada masa yang sama, kelab pru dan ukps telah membuka penyertaan peserta untuk program-program yang akan datang seperti program "menuju puncak" yang akan dikendalikan oleh ukps dengan kerjasama pru.

di sepanjang pameran ini berlangsung, pru telah mengedarkan borang pengambilan ahli baru untuk sesi ini. penyertaan yang diterima amat menggalakkan di kalangan pelajar tahun satu dan ada juga dari pelajar tahun tiga dan selain keduanya.

untuk makluman, pameran ini berjalan lancar seperti yang dikehendaki. hakikatnya yang baik tu daripada ALLAH swt dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.

nice day =) wassalam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed