Selasa, Jun 21, 2011

Perkampungan PERSIS IPTA 2011


Pada 24 hingga 27 Mei yang lalu, seramai 20 orang ahli PRU Universiti Sians Islam Malaysia telah menyertai Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS) IPTA 2011 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) .Kira-kira 400 penuntut daripada 19 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk politeknik juga menyertai program ini.
Program empat hari yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Program anjuran bersama UTM dan Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-Universiti Malaysia (Makuma), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hema), Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM turut dihadiri Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Prof. Madya Dr. Mohamed Sharif Mustaffa.

Ia juga dijadikan sebagai satu platform kepada ahli Persis untuk berkumpul meningkatkan motivasi dan kesedaran tinggi di kalangan mahasiswa.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Program Khidmat Komuniti Masyarakat yang bertempat di sekolah-sekolah orang asli, muallaf, dan kampung-kampung di sekitar Johor.

Mesyuarat MAKUMA juga telah diadakan dan sebulat suara telah melantik wakil dari PRU USIM sebagai pengerusi PRSK.

Diharapkan program ini dapat menjadi menggalak dan pemula bagi program-program akan datang supaya berjala dengan lebih teratur dan sempurna.Sekian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP

untuk kejelasan poster, sila klik pada poster di atas


Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Pahang (PERSIS UMP) bakal menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UMP pada 14-16 Oktober 2011 bertempat di Kompleks Sukan UMP.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa kini tentang alam pekerjaan yang bakal mereka hadapi kelak.

Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini untuk capaian ke laman blog kakkUMP.

Diharapkan kepada semua ahli PRU untuk bersama-sama terlibat dan mengambil input yang berguna daripada aktiviti yang bakal dijalankan agar CAREX 2011 yang bakal kita anjurkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed