Isnin, September 23, 2013

Dialog Siswa Siri ke-7 (D'si 7)

Tarikh : 21 September 2013

Masa  : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat: Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial Fakulti Sains dan Teknologi, USIM

Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya (UPKK) dan juga Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia telah berjaya mengadakan satu program berbentuk dialog santai iaitu Dialog Siswa siri ke-7. Dialog Siswa merupakan program wajib Kelab PRU setiap tahun yang mana melibatkan peserta dalam kalangan penghuni kolej-kolej kediaman di USIM. 

Oleh itu, Kelab PRU telah mendapat kerjasama yang baik dari Pusat Tamhidi untuk sama-sama menjayakan D'si 7 ini. Program ini telah dihadiri seramai 170 orang dari pelajar-pelajar tamhidi yang terdiri daripada Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Perubatan, Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Syariah dan Undang-Undang dan juga Tamhidi Pergigian.


Program D'si 7 ini bertujuan untuk memberi motivasi dan perkongsian ilmu tentang pendedahan teknik-teknik belajar berkesan, pengurusan masa serta membuat pilihan terbaik dalam memilih bidang untuk pengajian yang seterusnya. Selain itu, program ini juga sebagai satu landasan untuk mewujudkan hubungan yang baik antara ahli Kelab PRU dan juga pelajar Tamhidi USIM. 





Antara pengisian sepanjang program ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang membincangkan isu life campus secara santai bersama-sama fasilitator dalam kalangan ahli Kelab PRU sendiri. Secara keseluruhan, program berjalan lancar dan mendapat respon yang positif dari kalangan peserta







Kesimpulannya, diharapkan program ini dapat memberikan semangat baru dan motivasi yang tinggi kepada para peseta untuk meneruskan perjuangan di bumi USIM seterusnya menjadi mahasiswa Al-Abrar yang sedia berbakti kepada ummah dan masyarakat.

-KAMI PRIHATIN-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed