Rabu, April 04, 2012

Bengkel Baiki Kenderaan



POLITEKNIK PORT DICKSON, 10 MAC 2012- Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripadamahasiswa/i USIM telah menyertai Bengkel Membaiki Kenderaan. Turut hadir bersama 8 orang fasilitator dalam kalangan ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM. Bengkel yang merupakan anjuran Exco Kerjaya PRU ini telah dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Bengkel ini telah mendedahkan para peserta tentang teori selok-belok masalah asas kenderaan yang sering dihadapi, cara pengendalian, dan yang paling menarik mereka dapat mengaplikasikan sendiri ilmu yang telah diperoleh sewaktu slot pertama dan kedua pada slot ketiga iaitu slot praktikal.

“Alhamdulillah, kami merasa sangat berbaloi menghadiri bengkel ini. Kalau boleh di masa akan datang, program ini boleh dipanjangkan lagi tempohnya untuk kami belajar lebih banyak kemahiran,” ujar salah seorang peserta bengkel. Harapan dari para peserta agar program semacam ini mampu diteruskan dan dibuat lagi pada masa akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed