Selasa, November 11, 2014

Kem Bestari Solat Perdana SK Seliau Rantau

RANTAU, 8 NOVEMBER 2014 - Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat Perdana, anjuran Sekolah Kebangsaan Seliau Rantau, Negeri Sembilan. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2 petang itu telah melibatkan seramai 150 orang pelajar tahun 1 hingga 6 dan 16 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM.

Demonstrasi cara berwudhu' oleh Fasilitator

Latihan bertulis bagi mengingati bacaan dalam solat

Peserta diuji secara lisan oleh fasilitator


Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan para pelajar dapat menunaikan solat dengan sempurna. Hal ini termasuklah melahirkan pelajar yang boleh berwudhu' dengan betul dan sempurna, melatih pelajar solat dengan cara yang betul serta fasih dengan bacaan-bacaan dalam solat. Bagi memastikan objektif ini tercapai, fasilitator bertindak dalam menguji dan membantu para pelajar dalam mempelajari cara solat dan wudhu yang betul serta membantu pelajar untuk mengingati bacaan dalam solat. Aktiviti-aktiviti ini telah dilakukan secara teori dan amali.

Praktikal cara solat yang betul

Peserta diuji dengan pertancdingan kuiz
Menurut guru besar SK Seliau Rantau, objektif kem ini telah berjaya dicapai dan kerjasama yang telah diberikan oleh kesemua fasilitator daripada Kelab PRU USIM adalah sangat baik. Pihak sekolah juga sangat berharap agar hubungan yang telah terjalin antara sekolah dan USIM tidak akan terputus sahaja dan mengharapkan akan ada kesinambungan daripada kerjasama ini. Program diakhiri dengan solat Zohor berjemaah dan majlis penutup yang diadakan secara ringkas di Masjid Kariah.

Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada fasilitator
Peserta dan Fasilitator Kem Bestari Solat Perdana
Laporan disediakan oleh:
Exco Pembangunan Sumber dan Penerbitan
Kelab Pembimbing Rakan Universiti

-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed