Sabtu, Februari 27, 2010

Isnin, Februari 22, 2010

Sabtu, Februari 20, 2010

ANNUAL GRAND MEETING 09/10


ANNUAL GRAND MEETING 09/10












Pembimbing Rakan Universiti USIM telah mengadakan Annual Grand Meeting atau mesyuarat tahunan yang melibatkan semua PRU sesi 08/09 termasuk anggota PRU yang baru dilantik pada 5 Februari 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat FKP. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mengumpul semua ahli PRU bagi melantik generasi pelapis baru yang bakal menerajui PRU USIM bagi sesi 09/10 di samping menilai kembali semua aktiviti yang telah diadakan bagi tujuan penambahbaikan. Seramai 70 orang ahli PRU yang telibat dalam mesyuarat ini termasuk seorang penasihat PRU, Puan Nurhazreen bt Mohd. Nor. Semasa mesyuarat ini berlangsung, semua laporan yang berkaitan sepanjang sesi 08/09 dibentangkan. Sejuta penghargaan dan terima kasih buat jawatankuasa PRU 08/09 di atas kecemerlangan kalian dalam menerajui pucuk pimpinan PRU. Semoga jawatankuasa yang baru dilantik dapat meneruskan kesinambungan tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Februari 19, 2010

"SEHARI BERSAMA UTeM"

“SEHARI BERSAMA UTeM”





















Pada 13 Februari 2010, PRU USIM telah menerima kunjungan dari PRS UTEM iaitu seramai 35 orang mahasiswa/i dan 3 orang guru pengiring. Pada ketika itu, bilangan fasilitator yang terdiri daripada PRU USIM sendiri, adalah seramai 10 orang sahaja ini disebabkan oleh pertembungan dengan program Lambaian Bayu di Sabah. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan sesama PRU dan PRS termasuk Latihan Dalam Kumpulan(LDK). Di samping itu, mereka berkongsi dan saling bertukar pendapat mengenai pelbagai perkara yang boleh meningkatkan lagi pengetahuan serta pandangan masing-masing berkaitan peranan sebagai badan pelajar universiti. Tidak ketinggalan juga, PRS UTeM di bawa melawati kawasan sekitar kampus.

Hubungan persahabatan antara PRU USIM dan PRS UTEM masih dikekalkan sehingga sekarang menerusi ‘facebook’.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Februari 09, 2010

MT PRU SESI 2009/2010

 
Tahniah kepada Ajk yang baru dilantik. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed