Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia
telah menerima jemputan sebagai fasilitator dalam Kursus Kepimpinan Pengawas
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma Beranang, Selangor. Seramai 10 orang
ahli PRU telah terlibat sebagai fasilitator dalam kursus ini. Kursus kepimpinan
ini melibatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pengawas Sekolah
Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.
Objektif utama perlaksanaan kursus ini adalah
untuk menerap dan mencungkil nilai kepimpinan dalam diri setiap pengawas
di sekolah ini. Antara modul yang digunakan sepanjang berlangsungnya kursus ini
adalah modul Tangan Ajaib, Si Buta Sayang dan Pemimpin Yang Awesome. Setiap
modul yang dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Di akhir kursus
ini, para peserta melafazkan ikrar janji untuk menjadi pengawas sekolah yang
tanggungjawab dan sentiasa profesional dalam melakukan tugasan di sekolah.