Bila
tiba nya akhir Ramadhan, ada yang sedih dan ada pula yang gembira, mereka
bersedih kerana sygkan bulan Ramadhan yg terdapat padanya pelbagai nikmat dan
ganjaran bg mereka yang mempunyai iman yang kental sehingga sukar untuk
berpisah dngnnya. Bagi mereka yang gembira pula, mereka sudah tidak sabar untuk
menyambut hari Raya yang dihiasi dngn suasana meriah bilamana berkumpul sanak
saudara dikampung, serta dapat menikmati hidangan yang lazat bersama
hiburan-hiburan yang terdapat di kaca Television, tp ingat, sambutlah hari Raya
Aidilfitri dalam keadaan sederhana yg tidak melanggar syariat Islam, bawa
bersama Tarbiyyah Ramadhan yg kita lalui didalam sambutan hari Raya Aidilfitri,
mudah-mudahan kita bersederhana dan merasai kesusahan saudara kita yg berada
dalam penderitaan sebagaimana yg berlaku di Palastine, Myanmar dan
tempat-tempat lain lagi. Semoga kita menyambut lebaran ini dngn penuh
kesyukuran dan kesederhanaan dan diberikan kesempatan untuk kita bertemu dengan
Ramadhan akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hj, Maaf zahir Dan
batin