Sabtu, Jun 04, 2011

Tahniah!


Assalamualaikum wbt..

Rasanya tidak terlambat untuk saya mewakili semua warga PRU USIM untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Amirul Affendy kerana telah diberi tanggungjawab untuk memegang tanggungjawab sebagai pengerusi PRSK 2011-yang pertama.. Kami akan sentiasa mendoakan agar anda sentiasa melakukan yang terbaik dan dipermudahkan segalanya.Family PRU juga akan sentiasa menyokong anda dari belakang.Percayalah.


Akhirul kalam..

"JADIKANLAH TANGGUNGJAWAB ITU SEBAGAI AMANAH,BUKANNYA BEBAN"

insyaAllah,Segalanya pasti berjalan lancar dengan penuh ketenangan dan kegembiraan.

sekian.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bengkel Penyiaran Media Memberi Kesan Terhadap Penyebaran Berita Kampus


NILAI, 18 MEI 2011- Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu bengkel khusus bagi menaiktaraf kualiti penyiaran di USIM bermula hari ini.

Bengkel yang dijalankan selama dua hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik penyiaran yang berkesan sebagai wadah utama masyarakat kampus kepada dunia luar.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar(BHEP), Encik Nasrul Hakim Ahmad ketika ucapan perasmian bengkel tersebut berkata, program susulan akan diadakan bagi memastikan media penyiaran di USIM terus unggul.


Seramai lebih kurang 30 orang mahasiswa USIM yang mewakili setiap kelab dan persatuan di bawah BHEP telah menghadirkan diri ke bengkel tersebut bertempat di DKF 1.2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP). Malah, beberapa barisan penceramah telah dijemput khas bagi menjayakan bengkel ini antaranya personaliti TV3, Encik Ahmad Fedtri Yahya.

Program yang diselia oleh Unit Kebudayaan BHEP USIM ini diharap dapat menarik minat lebih ramai lagi mahasiswa terhadap bidang penyiaran dan seterusnya dapat mempromosikan pelbagai aktiviti kampus kepada masyarakat luar.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed