Jumaat, November 07, 2014

Dari Kerana Cinta

NILAI, 5 VOVEMBER 2014

        Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), Universiti Sains Islam Malaysia telah berlangsung dengan jayanya program Dari Kerana Cinta. Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian D11 JSJ, IPK Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya, USIM sempena Program Kesedaran Wanita. Program ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah serta kakitangan USIM. 

Ceramah mengenai "Jenayah Siber"


        Secara keseluruhannya, program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaum hawa tentang pelbagai jenayah serta ancaman yang boleh menimpa diri mereka seperti love scam, cyber crime, gangguan seksual, rogol dan sebagainya. Bahagian D11 JSJ, IPK Negeri Sembilan telah bergerak ke sekolah-sekolah dan IPT sekitar Negeri Sembilan bagi menjalankan program kesedaran ini dan USIM merupakan lokasi terakhir bagi tahun 2014.


Ceramah mengenai gangguan seksual yang sering dihadapi wanita.

     Para pelajar USIM serta warga USIM telah didedahkan mengenai jenayah siber yang telah disampaikan oleh SUPT Ramli bin Dato' Mohd Nor yang merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Selain itu, ASP Halimah Bt Ahmad, Pegawai Turus D11 IPK Negeri Sembilan telah memberikan ceramah mengenai gangguan seksual. Kedua-dua pengisian ini bertambah meriah dengan sesi soal jawab antara penceramah dan peserta program. Antara peserta yang tampil bertanya ialah Encik Muzaffar Syah Mallow, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Siti Nur Syuhada Zulkipli, mahasiswa tahun akhir jurusan Kaunseling. Para pelajar kemudiannya dipersembahkan dengan demonstrasi mempertahankan diri oleh Master Saiful dari Kickstart Academy.



Siti Nur Shuhada Zulkapli, Pelajar Kaunseling tahun 4


Demonstrasi mempertahankan diri oleh Kickstart Academy

              Kesimpulannya, program ini telah disambut baik oleh peserta-peserta dan peserta juga telah mendapat pelbagai maklumat dan input yang baik dan bermanfaat.

Laporan disediakan oleh:
Exco Pembangunan Sumber dan Penerbitan
Kelab Pembimbing Rakan Universiti

-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed