Rabu, November 03, 2010

Lama sungguh tak menjenguk blog PRU ni....hampir-hampir nak abis semester ni..walaupun blog ini lama tidak di edit,tetapi program PRU tetap berjalan seperti biasa..that's the spirit :-)
Untuk edisi kali ini, kami bawakan kepada semua sepintas lalu program-program PRU yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini...sekadar untuk makluman dan segala komen amat dialu-alukan...

SESI FOTOGRAFI PRU


Ahli Majlis Tertinggi PRU sESI 09/10
aHLI pru Sesi 09/10


Sesi fotografi bersama-sama ahli kelab PRU
Majlis Perlantikan PRU
seramai 41 orang dan juga kaunselor-kaunselor di Unit Psikologi Kaunseling & Kerjaya (UPKK)
bertempat di bangunan HEP USIM.



DIALOG SISWA (D'SI)

sesi perbincangan diadakan dalam kumpulan yang dibantu oleh fasilitator
Merupakan program yang dianjurkan untuk saling berkongsi pendapat dan idea di kalangan mahasiwa USIM mengenai topik-topik yang dibincangkan. mendapat sambutan yg amat menggalakkan dr pelajar setiap kali diadakan. Ini adalah salah satu usaha yg dilakukan oleh ahli PRU untuk lebih mendekati pelajar selain menyelami permasalahan yg wujud di dalam mengharungi cabaran-cabaran sebagai seorang pelajar.

OPKIM REMBAU

Dalam usaha memenuhi keperluan dalam membantu masyarakat, PRU telah tampil membantu dalam menjayakan program jemputan sebagai fasilitator untuk pelajar sekolah rendah bertempat di Kampung Bongek,Rembau Negeri Sembilan. Fokus utama adalah membantu pihak sekolah untuk menarik minat pelajar untuk menguasai subjek Sains dan Matematik...sambutan yg diterima amat menggalakkan dan diharap khidmat kami sebagai pembimbing dapat diteruskan pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan pada semua yg terlibat.




KARNIVAL EKSPLORASI KERJAYA (CAREX 2010)

Sesi taklimat kerjaya oleh syarikat jemputan



Karnival ini telah diadakan dengan jayanya pada bulan September yang lepas. Fokus utama adalh kepada mahasiswa USIM tahun akhir yang bakal menceburi bidang kerjaya. Pru telah bekerjasama dengan Unit Psikologi Kaunseling & Kerjaya (UPKK) dan juga fakulti-fakulti untuk menjayakan program ini. Pelbagai gerai pameran telah dijemput untuk maengadakan pameran selain memberi khidmat nasihat dalam bidang-bidang yang berkaitan.



LAMBAIAN DI BAWAH BAYU
Kunjungan ke Hospital Mesra

Rumah anak yatim Tambunan
 Merentasi Laut Cina Selatan....PRU telah mengadakan program kerjasama di antara PRU USIM dan PRS UMS..ini adalah program julung-julung kali diadakan dengan tujuan untuk berkongsi segala pengalaman dan idea-idea untuk mengajurkan program. Selama seminggu kami telah berkampung di Sabah untuk mengadakan pelbagai aktiviti termasuk lah prgram motivasi di sekolah-sekolah terpilih dan juga kunjungan UiTM Sabah..

Sesi perbincangan di kalangan PRU-PRS








SEMINAR PRS KEBANGSAAN@UIA

PRU menyambut baik sebarang usaha ke arah memperkasakan dan menambahkan ilmu para pembimbing di seluruh negara. Atas rasional ini, seramai 10 orang wakil kelab yg terdiri dari ahli majlis tertinggi dan juga ketua exco telah menyertai seminat yang dianjurkan selama 3 hari ini bertempat di UIA.


SEHARI BERSAMA UTEMM

Selain mengadakan lawatan ke luar, kami juga menerima kunjungan dari pelbagai pihak. Untuk kali ini, kami menrima kunjungan dari pihak PRS Universiti Teknikal Malaysia (UTEMM).  Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada PRS UTEMM yang sudi datang untuk berkongsi segala ilmu yang ada untuk kebaikan bersama..Semoga hubungan baik ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan.



DISKUSI STUDY LAST MINIT




Melalui exco motivasi, prgraom ini telah dianjurkan untuk membincangkan isu study lasy minit yang sangat popular di mana2 universiti sekalipun..kami tampilkan ahli panel yang terbaik untuk membincangkan isu ini. Sambutan sangat menggalakkan telah diterima dari mahasiswa USIM....



JANGAN TIDUR LAGI & TAYANGAN ILMIAH

Sesungguhnya hubungan yang erat di kalangan ahli adalah penting bagi mewujudkan persefahan dan sikap tolak ansur dalam menjayakan sesuatu tugas.Melalui program ini ahli-ahli PRU dapat berkumpul bersama-sama dan membincangkan segala permasalahan yang wujud di dalam kelab.


Biasanya ia diadakan secara bergilir-gilir setiap minggu dan menggunakan pendekatan berbeza di dalam setiap slot yang diadakan...Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua exco latihan PRU yang tak jemu-jemu mengadakan program ini untuk menguatkan ukhuwah di kalangan ahli kelab

Tayangn Ilmiah














Inilah sebahagian program-program yang terpilih untuk tatapan semua....semoga segala usaha kami dalam membantu semua pihak diredhai oleh Allah...jutaan terima kasih juga diucapkan pada semua yang membantu terutamanya ahli kelab PRU sendiri..sesungguhnya anda adalah nadi yang menggerakkan kelab ini...

*Jangan lupa temui kami untuk program SIREH PULANG KE GAGANG yang akan diadakan pada 12.12.2012.... khusus untuk semua alumni PRU USIM...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed