Rabu, Januari 27, 2010

SeMinAr EkSpLoRAsI kErJaYA



Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah (UKPS) dengan kerjasama PRU telah menganjurkan Seminar Eksplorasi Kerjaya khusus untuk siswa dan siswi USIM tahun akhir. Seminar ini telah diadakan dengan jayanya pada 10 & 11 Oktober 2009 bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3). Seramai 170 orang pelajar telah menyertai seminar ini. Selaras dengan objektif program untuk membantu siswa dan siswi USIM membuat persediaan untuk menghadapi dunia kerjaya,pelbagai pengisian ceramah telah dilakukan sepanjang program oleh penceramah jemputan yang arif dalam bidang masing-masing. Di antara pengisian program adalah bagaimana kaedah penyediaan resume, kecerdasan emosi di tempat bekerja, persediaan menghadiri temuduga, imej dan keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi serta etika dan nilai-nilai murni dalam pekerjaan
Dan juga buat julung-julng kalinya semua PRU (termasuk junior) telah turun padang untuk sama-sama menjayakan seminar ini dan juga di samping memberi sokongan kepada Puan Masni kami yang baru sahaja memikul kembali tugasnya menggantikan Encik Hasni...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PeMiLiHanAHli bARu PRU sESI 09/10

Alhamdulillah…akhirnya PRU da dapat junior-junior yang akan bersama-sama menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan. Pada tarikh yang sama dengan program Menuju Puncak iaitu pada 25 Julai 2009 PRU telah mengadakan sesi pemilihan ahli baru setelah hampir 2 tahun tidak membuat sebarang pengambilan baru.


Seramai lebih kurang 300 orang pelajar yang menghantar borang…fuh..ramai tu..tapi yang dicari cuma dalam lingkungan 60 orang yang akan ditapis oleh kaunselor-kaunselor( susah-susah)….dan setelah ditemuduga oleh kaunselor, hanya 35 orang sahaja yang berjaya menjadi ahli PRU secara rasminya..pada yang tak berjaya cuba lagi pada sesi pemilihan yang akan datang dan pada yang berjaya selamat menempuh segala cabaran yang bakal mendatang…good luck!!....


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed