Ahad, Mac 04, 2012

teknik akupuntur mudah!

Assalamualaikum semua!Hari ini kami ingin berkongsi satu teknik mudah yang kita sama-sama boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita!Ia adalah teknik 'tapping' atau 'emotional freedom technique(EFT)' dalam bahasa inggeris.Nak tahu?Jom sama-sama kita tinjau serba sedikit berkenaan dengannya!

Teknik Kebebasan Emosi (EFT) adalah satu bentuk intervensi kaunseling yang menarik mengenai pelbagai teori perubatan alternatif termasuk akupuntur,pengaturcaraan neuro-linguistik dan Pemikiran Terapi Medan. Semasa sesi EFT, pelanggan akan memberi tumpuan kepada isu tertentu manakala memanfaatkanapa yang dipanggil "mata akhir meridian tenaga badan.

Gambar di atas menunjukkan antara titik-titik EFT yang tertentu yang mampu memberi ransangan positif pada badan.


EFT adalah teknik yang mudah, berkuasa dan mudah untuk dipelajari. EFT boleh membantu manusia mengubah emosi menyakitkan atau yang tidak diingini, kepercayaan atau pemikiran ke dalam keamanan, kegembiraan, keyakinan,kreativiti dan kuasa dalaman dalam diri kita.

EFT juga selamat, tidak mengembil masa yang lama, dan boleh dilakukan sendiri. Ia memberi ransangan yang baik dengan menjadikan dalaman diri kita berasa tenang, mengelakkan gangguan trauma, mengatasi stress, dan memberi perasaan yang baru dalam diri. Ia tidak perlu menggunakan jarum yang menyakitkan seperti teknik akupuntur tradisional yang kita ketahui.Hanya menggunakan 4 jari dalam proses 'tspping' ini mampu membantu kita dalam mengatasi pelbagai penyakit. Apa yang menakjubkan lagi ialah kaedah 'tapping' ini mampu mengendalikan masalah berat badan!

Serba sedikit mengenai maklumat umum EFT boleh didapati di sini dan untuk maklumat lanjut mengenai kebaikan tapping boleh lawati link ini..=)

SELAMAT MENCUBA!

Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed