Jumaat, November 01, 2013

PROGRAM BIMBINGAN KERJAYA 2013 “FIND YOUR FUTURE”


NILAI, 26 OKTOBER 2013. – Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) dan Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP 4), Universiti Sains Islam Malaysia telah berlangsung dengan jayanya Program Bimbingan Kerjaya 2013 “FIND YOUR FUTURE”. Majlis dirasmikan oleh Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji. Program yang berlangsung selama satu hari ini adalah anjuran New Straits Times Press (NSTP) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).

Program ini telah melibatkan lebih 480 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysiadan seramai 53 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan Kelab Taha@U. Dua buah organisasi yang besar menjadi penggerak utama program ini iaitu Media Prima Company dan Lembaga Tabung Haji Malaysia.

Perasmian oleh Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji
Secara keseluruhannya, objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan dan pendedahan mengenai prospek kerjaya kepada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia khususnya bagi pelajar tahun akhir. Terdapat enam program yang menarik sepanjang program ini seperti Jelajah Kembara, Kerjaya Dalam Industri Media, Peluang Kerjaya Bersama Avon,  Pep Talk With The Right Man oleh Ustaz Izhar Ariff, Bicara Kerjaya dan Pengucapan Awam oleh Ally Iskandar, personaliti TV3. Disamping itu, terdapat aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan seperti pembukaan gerai oleh Jobs Malaysia, Berita Harian, Tabung Haji, IKON, Avon,dan NIB Exhibition; Mock & Real Interviews, 30 Minutes Special Slot with ICON dan Lucky Draw and Games.
Career Booth oleh Jobs Malaysia

Teknik Pengucapan Awam oleh personaliti TV3, Ally Iskandar

Pep Talk With The Right Man oleh Ustaz Izhar Ariff

                                       
Jelajah Kembara oleh Zahariz Khuzaimah

Menurut Ybg. Haji Saimi Mat Som, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji selaku perasmian majlis berkata, ”Program bimbingan kerjaya ini diadakan untuk mendedahkan peluang kerjaya kepada para mahasiswa disamping membantu mahasiswa terutamanya mahasiswa muslim dalam mencari pekerjaan mengikut kelayakan masing-masing. Tambahnya lagi, ”para mahasiswa seharusnya mengambil peluang ketika berada di universiti bukan sekadar belajar tetapi turut melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan dalam meningkatkan soft skill sebagai persediaan di alam pekerjaan nanti.”


Semoga program ini memberi 1001 manfaat kepada para peserta

-KAMI PRIHATIN-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed