Ahad, Disember 30, 2012

Selasa, Disember 25, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan


Peperiksaan Akhir Semester kembali lagi!Mungkin ramai di antara kita yang tidak sabar untuk menghadapi  peperiksaan pada kali ini disebabkan sudah bersedia sejak dari awal lagi dengan persiapan yang sistematik, mantap dan berkesan dalam menghadapi peperiksaan, kepada pelajar yang bertungkus-lumus melakukan persediaan yang rapi, tahniah diucapkan kerana anda mungkin berjaya menterjemahkan ilmu serta kefahaman yang dimiliki di atas kertas nanti. mungkin juga ada di antara kita yang tidak sabar menempuh peperiksaan buat pertama kalinya di alam Universiti sebagai mahasiswa baru di USIM.

Namun begitu, terdapat juga di antara kita yang masih lagi tidak bersedia menghadapi peperiksaan kali ini dan merasakan waktu sangat pantas berlalu hingga menyebabkan mereka tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran dengan berkesan, sempena peperiksaan kali ini,  kami menyediakan tips-tips yang boleh diamalkan untuk mengulangkaji pelajaran dengan berkesan:

1. Baca buku/nota ringkas berulang kali
2. Perbanyakkan belajar secara berkumpulan supaya kita dapat berkongsi ilmu yang dimiliki
3. Elakkan berbual perkara yang tidak berfaedah semasa belajar
4. Amalkan Qiamullail sebelum ulangkaji pelajaran
5. Kurangkan bermain game.
6. Banyakkan berzikir pada Allah
7. Meminta maaf dan maafkan semua orang
8. Jangan lakukan maksiat
9. Banyakkan bersedekah
10. Mengulangkaji pelajaran di Masjid atau Surau
11. Ambil Wudhu sebelum belajar
12. Membaca atau Menghafal Al-Quran
13. Amalkan pemakanan mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat-sahabat untuk belajar dengan lebih berkualiti dan berkesan walaupun dalam masa yang singkat.


~Kami Prihatin~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Disember 04, 2012

Tips Bangun Awal dari Tidur


Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :
1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.Selamat mencuba!^_^

"Kami Prihatin"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

konvensyen PRSK Kebangsaan Ke 4

      Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah menyertai Konvensyen Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) kali ke-4 yang telah diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 2 hingga 4 November yang lepas.

      Konvensyen ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk membina ukhuwah sesama ahli Pembimbing Rakan Siswa daripada semua universiti dari seluruh negara yang terdiri daripada zon utara, tengah, selatan dan juga Sabah dan Sarawak.

      Jumlah ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM yang telah terlibat sebagai peserta jemputan adalah seramai 12 orang termasuk pengerusi PRSK serta seorang pembentang.

      Konvensyen pada kali ini juga diadakan untuk memberi pendedahan khusus kepada semua peserta di seluruh IPTA mengenai potensi masa hadapan Generasi Y dan juga sikap serta nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan diaplikasikan oleh Generasi Y bagi menjayakan misi, halatuju negara dan masa depan.

      Antara aktiviti sepanjang program ini ialah Ucapan Aluan oleh Y. Brs. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UniSZA, Sesi Taaruf/ Ice Breaking, Forum GEN Y Tingkah laku devian di kalangan Generasi dan cara menanganinya, Majlis Perasmian oleh Y.B. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan Lawatan ke Taman Monumen, Taman Tamadun Islam

      Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya disertai oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan dapat memperoleh banyak pengalaman dan kemahiran daripadanya. Diharap, konvensyen ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

             
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, November 13, 2012


Jangan putus asa dengan ujian Allah dan kita perlu sentiasa berdoa somoga ditunjukkan jalan yg lurus lagi benar supaya diberikannya hidayah dan ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, November 12, 2012

LAWATAN KERJAYA KE OTAI BURGER HOLDINGS SDN. BHD.





Pada 13 Oktober 2012, Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah menganjurkan Lawatan Kerjaya dan Perkongsian Pengalaman Bersama Otai Burger Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya ( UPKK ).
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i USIM tentang perniagaan franchise yang sedang berkembang pesat sebagai satu alternatif ke arah bidang kerjaya. 
Seramai 46 orang peserta dan 20 Ahli Jawatankuasa telah bergerak ke Setapak pada awal pagi 13 Oktober 2012. Program ini telah berjaya diadakan bermula dari pukul 9:30 pagi – 1:30 Petang di Training Hall Otai Holdings Sdn. Bhd. 
Secara amnya, objektif seminar ini berjaya dicapai di mana ia bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa dan mahasiswi kepada industri franchise yang semakin berkembang pesat di samping dapat berkongsi pengalaman bersama penceramah.
            Secara kesimpulannya, karnival ini telah berjaya dilaksanakan oleh Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Diharap, seminar ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.             
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Oktober 30, 2012

Budaya membaca amalan mulia


Salah satu perkara yang perlu dititik beratkan terutamanya sebagai seorang mahasiswa untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan adalah dengan membaca bahan-bahan bacaan seperti buku, journal, artikel, surat khabar dan lain-lain lagi. Justeru itu, di musim cuti pertengahan semester ini amatlah sesuai untuk kita sama-sama melipat gandakan ilmu pengetahuan dengan membaca kerana kebiasaannya pada waktu cuti sebegini lah kita mempunyai masa lapang dan ini adalah masa yang sesuai untuk kita menelaah pelajaran. Oleh itu marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada ini ke arah kebaikan dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya atau trend yang positif pada masa kini.

Nadi Ilmu Amalan Membaca =)

~Kami Prihatin~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Oktober 24, 2012

Salam Aidil Adha 1433 H


Sesungguhnya Aidil Adha merupakan hari raya yang patut dihayati. Aidil Adha mambawa kita sama-sama untuk mengenali dan mendalami makna sebuah pengorbanan. Sesungguhnya ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang senantiasa berjuang dan berkorban demi agamaNya.
Oleh itu, duhai rakan-rakan sekalian, jngan pernah letih dalam perjuangan dan pengorbanan kalian dalam apa jua lapangan sekalipun.Moga kalian sentiasa berada dalam rahmatNya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Oktober 21, 2012

Isnin, Oktober 01, 2012

Machonya Mahasiswa Sweetnya Mahasiswi




Tarikh: 22 September 2012

Masa: 8.00 Pg – 1.30 Tgh

Tempat: DKU FPQS



Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU USIM) telah berjaya mengadakan satu
program Motivasi iaitu program “Machonya Mahasiswa Sweetnya Mahasiswi” yang
telah dianjurkan oleh Unit Motivasi dan Latihan PRU USIM bertujuan untuk membantu
pelajar-pelajar USIM dalam membina keyakinan diri dan menambahkan semangat
untuk menuntut ilmu. Turut sama menjayakan program ini ialah peserta yang
terdiri daripada 40 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Bandar Salak Tinggi yang
dijemput khas oleh penganjur untuk sama-sama mengambil manfaat dari program ini.

Program Machonya Mahasiswa Sweetnya Mahasiswi mengandungi dua slot, pertama
slot "Man Ana?" yg berbentuk talk yang disampaikan oleh Imam Muda Naufal
dan slot kedua pula berbentuk Forum yang dikendalikan oleh moderator Adam Fariz
Mohd Zain  serta para panel yang terdiri daripada Ustaz Mohammad Alif Ismail
dan saudari Maisarah Rafie. Alhamdulillah, kedua-dua objektif slot-slot tersebut telah
tercapai bilamana para peserta telah dapat mengenal diri mereka yang sebenar
dan membantu mereka membezakan antara perkara yand baik dan buruk. Semoga program yg

bermanfaat ini dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, September 11, 2012

Program Transformasi Diri


Program Transformasi diri atau (PTD) akan kembali menemui Mahasiswa USIM, program berbentuk Motivasi dan Kaunseling yang dianjurkan oleh Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah diadakan pada setiap semester. Kali ini ianya diadakan selama 9 minggu pada hari rabu jam 2.30 - 4.30 ptg dengan menampilkan topik-topik yang berbeza setiap minggu beserta penceramah dan Kaunselor yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut. Program ini amat sesua kpd semua mahasiswa bagi membantu pengurusan hidup sebagai seorang mahasiswa dan memberi jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.

jangan lepaskan peluang untuk menghadirkan diri anda ke PTD

"Kami Prihatin"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Ogos 30, 2012

Selamat datang ke USIM



Selamat datang kepada pelajar baru Ijazah Sarjana Muda ke USIM, Tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih USIM sebagai destinasi seterusnya untuk melanjutkan pengajian.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda.

Semoga anda berjaya menggapai cita-cita anda.

"Kami Prihatin"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke - 55


Bersamalah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan penuh kesyukuran dengan memahami dan menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan setelah kita bebas daripada dijajah. Namun begitu persoalan yang timbul kini adakah kita benar-benar sudah bebas daripada penjajahan? melihat kepada situasi yang berlaku di negara kita pada hari ini, kita sebenarnya masih lagi dijajah dari sudut pemikiran dan budaya.Anak-anak muda pada hari ini sering mengamalkan budaya barat yang meresap dalam diri mereka melalui Media Massa yang wujud pada hari ini.
Oleh itu bersempena ulang tahun kemerdekaan ke -55 marilah sama-sama kita berusaha untuk membebaskan diri kita daripada pelbagai bentuk penjajahan  semampunya bagi melahirkan Modal Insan yang berakhlak mulia dan memastikan kestabilan negara terpelihara demi merealisasikan impian generasi akan datang.

Salam kemerdekaan ke - 55

Semoga negara kita terus aman dan makmur.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Ogos 29, 2012

Kelebihan Puasa Enam di bulan Syawal

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kesan Tarbiyyah Ramadhan

Antara ciri golongan yang berjaya dalam ujian tarbiah Ramadan ialah orang yang terus kekal menyuburkan ibadat puasa, kekal membaca Al-Quran, sering bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah, bersedekah, suka memberi makanan kepada orang lain, menjaga lidah dan tuturkata dan sebagainya. Manakala ciri-ciri golongan yang tidak berjaya dalam ujian tarbiah Ramadan ialah orang yang gagal membuang sifat tercela daripada dirinya seperti takabbur, sombong, hasad dengki, dan khianat. Moga tarbiyah Ramadhan sentiasa kekal dalam diri kita.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Ogos 17, 2012

Salam lebaran 1433 Hj


Bila tiba nya akhir Ramadhan, ada yang sedih dan ada pula yang gembira, mereka bersedih kerana sygkan bulan Ramadhan yg terdapat padanya pelbagai nikmat dan ganjaran bg mereka yang mempunyai iman yang kental sehingga sukar untuk berpisah dngnnya. Bagi mereka yang gembira pula, mereka sudah tidak sabar untuk menyambut hari Raya yang dihiasi dngn suasana meriah bilamana berkumpul sanak saudara dikampung, serta dapat menikmati hidangan yang lazat bersama hiburan-hiburan yang terdapat di kaca Television, tp ingat, sambutlah hari Raya Aidilfitri dalam keadaan sederhana yg tidak melanggar syariat Islam, bawa bersama Tarbiyyah Ramadhan yg kita lalui didalam sambutan hari Raya Aidilfitri, mudah-mudahan kita bersederhana dan merasai kesusahan saudara kita yg berada dalam penderitaan sebagaimana yg berlaku di Palastine, Myanmar dan tempat-tempat lain lagi. Semoga kita menyambut lebaran ini dngn penuh kesyukuran dan kesederhanaan dan diberikan kesempatan untuk kita bertemu dengan Ramadhan akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hj, Maaf zahir Dan batin
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Ogos 10, 2012

Mujahadah di bulan Ramadhan

Remaja Islam sejati tidak jatuh pandangannya pada dosa, tp jatuhnya dosa pada air matanya. tidak terbuka katanya dari dusta, tapi terbuka dustanya melalui kejujurannya. tidak tumpas tanggungjawabnya pada khianat, tp tumpasnya khianat kerana amanahnya. tidak rebah kakinya menghadapi ujian, tp rebahnya ujian kerana kesabarannya. tidak hilang maruahnya pd cinta dunia, tp hilangnya cinta dunia dirampas cinta pd penciptanya.....teruskan mujahadah di Bulan Ramadhan uang mulia ini dengan melipatgandakan amalan kebaikan serta istiqamah dengannya demi mendapat kasih syg daripada pencipta kita, semoga dngn rahmat dan kasih syg drpd Allah S.W.T melayakkan untuk kita bertemu dengan malam Al-Qadar insyaAllah.

Selamat beramal


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Ogos 09, 2012

Tawaran Biasiswa dan pinjaman Pendidikan

Assalamualaikum Wbt,
Sukacita dimaklumkan, International Syariah Research Academy (ISRA) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Scholarship Award untuk peringkat pengajian Phd, Sarjana, dan ijazah Sarjana Muda.

Borang permohan serta syarat-syarat permohonan boleh didapati di laman web www.isra.my, sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn Shila pengawai ISRA di talian 03-76514211/4200.

Adalah dimaklumamkan tawaran pinjaman pendidikan Negeri Selangor dan pinjaman pelajaran Tenaga mahir FAST TRACK bagi sesi ke dua 2012, permohonan melalui ONLINE dengan melayari laman web http://tkwbns.selangor.gov.my/  dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 oges 2012, Jumaat

Selamat mencuba
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Ogos 06, 2012

Tahniah!


Kita sering bersyukur atas nikmat dan kelebihan yang Allah berikan dalam diri kita, tapi kita tak jarang lupa untuk tetap mensyukuri kelemahan yang ada pada kita. Tanpa kita sedari, sebenarnya sesuatu yang kita pandang sebagai kekurangan sebenarnya merupakan kelebihan yang tak kita nampak dengan pandangan mata kasar kita.

Bersyukurlah!Bersangka baiklah dengan ALLAH!Kerana hal itu akan menjadikan kita sentiasa positif dengan apa jua yang terjadi pada kita..

Moga muhasabah diri sentiasa mengiringi agar kita tidak lupa tujuan sebenar kita diciptakan di dunia ini.

Ucapan Tahniah kepada semua mahasiswa/mahasiswi USIM atas keputusan peperiksaan yang diperoleh! ^_^

~Kami Prihatin~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Julai 30, 2012

Menjaga Tingkahlaku didalam bulan Ramadhan


Emosi adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Tiada manusia yang lahir tanpa emosi. Suka aspabila berjaya, sedih apabila gagal, bersemangat apabila dipuji, rasa rendah diri apabila dipinggirkan, memberontak apabila tidak mendapat keadilan adalah antara contoh-contoh emosi dalam diri manusia.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini,suka kami nak kongsikan 7 langkah kendali marah

1) Membaca ta'awudz ketika marah
2) Renungi akibat dan natijah marah
3) Mengubah posisi ketika marah
4) Kawal dan kekanglah kemarahan
5) Diam atau tidak berbicara
6) Berwudhuk
7) Lakukan solat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Julai 27, 2012

Fadhilat Ramadhan



Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah s.w.t dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.Melaksanakan perintah-Nya dengan bersabar dan menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah s.w.t

Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah s.w.t akan meraikan bulan Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkah dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah s.w.t, selain menunaikan yang diwajibkan.

Semua ganjaran yang Allah s.w.t janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agamayang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.

 
Ramadhan telah membuks pintunya. Masuklah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Julai 23, 2012

Asal Usul Kalimah Ramadhan



Terdapat beberapa pendapat mengenai asal usul kalimah Ramadhan ini, iaitu:

1. Berasal dari arramdha', iaitu pasir yang panas. Dainamakan Ramadhan kerana cuaca yang amat panas ketika ingin diberi nama untuk bulan itu sepertimana mereka menamakan Zulhijjah bersempena bulan itu di mana ibadah haji dilakukan di Kaabah, manakala Rabiul Awwal kerana bermulanya tumbuhan pada musim bunga (Arrabii')

2. Kerana ia membakar dosa dengan amalan-amalan soleh yang dilakukan sepanjang bulan ini kerana perkataan ramidha bermakdus sesuatu yang sangat panas dan membakar

3. Kerana hati mendapat kehangatan peringatan daripada Ramadhan seperti pasir dan tanah mendapat kehangatan daripada kepanasan matahari

4. Diambil daripada perkataan Arramdhu iaitu hujan yang turun pada musim luruh. Bulan ini dinamakan Ramadhan kerana ia membersihkan badan daripada dosa serta menyucikan hati sehingga bersih.

5. Terbakar mereka kerana kepanasan lapar dan dahaga.

6. Kerana perut mereka terbakar akibat dahaga yang keterlaluan. 

Sumber:Tafsir-tafsir Ayat Ramadhan,2012

~Kami Prihatin~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Julai 20, 2012

Menjelang Ramadhan


Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1433 H dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, semoga Allah memberi kan kesihatan dan kekuatan untuk kita ditarbiyyah didalam Madrasah Ramadhan pada kali ini InsyaAllah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Julai 15, 2012

Angan-angan

Berangan-angan sememangnya enak. Setinggi manapun kita boleh berangan-angan selagi terjangkau dek minda kita. Tiada orang yang mengganggu. Tercapai atau tidak bergantung pada tindakan anda selepas itu. 

Sebahagian manusia membikin dunia fantasinya tanpa berusaha, sebaliknya cuma berangan-angan. Dunia dicipta bukan untuk bersantai. Yang dicipta untuk bersantai dan bersenang lenang adalah di syurga yang abadi. Oleh itu, sebelum kita menuju ke syurga yang abadi, bersiap-siaplah kita untuk menempuh segenap susah payah agar kesungguhan kita itu akan dibalas kelak..

~KAMI PRIHATIN~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, Julai 14, 2012

Rabu, Julai 11, 2012

Program Adikku Sayang Siri ke - 3

Tarikh: 6 - 8 Julai 2012
Tempat: SABK AL-FALAH, Parit Buntar Perak
Jumlah peserta: 105 Orang

Program Adikku Sayang Siri ke - 3 kali ini telah selamat dan berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Parit Buntar Perak (SABK AL-FALAH) selama 3 hari bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad yang lalu. Program berbentuk motivasi ini telah disertai oleh pelajar SABK AL-FALAH seramai 105 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Program ini juga telah dirasmikan majlis penutupnya oleh Ustaz Zolkafli b Hamid yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah tersebut.

Alhamdulillah maklum balas daripada program ini terutamanya dari pihak peserta amat positif dan menggalakkan di mana modul yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini sedikit sebanyak telah memotivasikan mereka serta meningkatkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya di masa hadapan.

Diharapkan peserta program Adikku Sayang dapat mmempraktikkan ilmu yang diperoleh daripada program ini. Moga  program ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dengan lebih berjaya.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Jun 15, 2012

Hikmah



Hikmah Allah swt amat tinggi dalam mmberikan petunjuk kepada hamba-hambaNya. Manusia yang mngambil iktibar daripada kejatuhan yang dialami, akan menjadikan kegagalan itu pemangkin untuk lebih berjaya. Justeru, jangan mudah berputus asa dan anggaplah kegagalan sebagai proses untuk mempersiapkan diri
~Kami Prihatin~
*EXAM MODE*

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Jun 08, 2012

Berusahalah!



Berusahalah semaksima mungkin selagi waktu masih berbaki...siapa tahu pecutan terakhir ini bisa mengubah impian menjadi nyata...bersemangatlah kerana dengan kesungguhan dan semangat itu kita mampu membuktikan bahawa kita telah mempersiapkan diri di medan perjuangan!InsyaAllah,semoga kejayaan menjadi milikmu..
~Kami Prihatin~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Jun 06, 2012

Selamat menduduki peperiksaan

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester sesi II 2011/2012 kepada semua mahasiswa-mahasiswi USIM, dikesempatan ini kami Ahli Majlis Tertinggi PRU USIM yang mewakili kesemua ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM ingin mengucapkan selamat berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian yang akan menempuh peperiksaan pada 11 jun hingga 29 jun ini.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Jun 03, 2012

Di ambang Final Exam

Assalamualiaku wbt dan selamat menduduki peperiksaan buat semua rakan-rakan seperjuangan sekalian, sedar atu pun tidak kita sudah pun di hujung semester pada sesi pengajian 20111/2012 kali ini, diharapkan semuanya telah bersedia menempuh peperiksaan pada semester ini, disini saya ingin berkongsi tip-tip untuk berjaya untuk menajamkan minda:

1. membaca Al-Quran dan berzikir Setiap Hari
2. Mengambil Sarapan pagi
3. Menyedut Udara segar dan melihat pemandangan hijau setiap hari
4. selalu melihat ke arah qiblat terutama semasa study
5. selalu Bersugi (gosok gigi)
6. elakkan dari berbual kosong
7. elakkan daripada rokok

Ingat, amalan-amalan ini tidak akan berkesan tampa niat yang betul kerana Allah dan Istiqamah melakukannya. Selamat mencuba dan semoga berjaya







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Motivasi Diri



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, Jun 02, 2012

Ikatan Mahabbah

Tarikh: 27 Mei 2012
masa: 5.30 ptg - 7.00 mlm
Tempat: Perkarangan HEP USIM
Jumlah Penyertaan: 17 Orang


Program Ikatan Mahabbah ini merupakan program pertama anjuran Protem sepenuhnya, program ini telah pun diadakan pada hari ahad 27 Mei yang lalu di HEP bertujuan untuk mengumpulkan kesemua ahli Protem Gen III yang baru dilantik untuk saling mengenal antara satu sama lain


Alhamdulillah hasil dari program ini telah merapatkan lagi ukhwah antara kami sesama ahli protem dan kami lebih mengenali antara satu sama lain dengan aktiviti serta modul yang dijalankan dan program ini diakhiri dengan jamuan sambil bertukar-tukar hadiah antara kami, diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan untuk masa akan datang dengan kehadiran semua ahli Protem


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Solat Hajat Sempena Exam

Tarikh: 25 Mei 2012
Masa: 7.00 mlm - 9.00 mlm
Tempat: Surau FEM
Jumlah Penyertaan: 35 Orang

program Solat Hajat sempena pepereksaan akhir semester ini telah pun dianjurkan oleh Exco Pembangunan dan Latihan pada hari jumaat 25 Mei yang lalu, Program solat hajat yang diadakan di Surau FEM ini telah pun dihadiri oleh 15 orang ahli PRU kesemuanya. Objektif solat hajat ini ialah untuk memohon kepada Allah supaya dipermudahkan kita menjawab peperiksaan akhir semester dan diberikan keberkatan didalam ilmu yang dipelajari.

Antara aktiviti yang dijalankan selain solat hajat ialah solat Maghrib dan Isyak berjemaah selain bacaan Surah Yasin berjemaah dan diakhiri dengan jamuan ringan, selepas selesai Program Solat Hajat, kami terus ke DKP3 untuk menyaksikan Forum Muzikal Cinta sebagai hiburan alternatif yang berilmu dan mempunyai banyak input-input yang bermanfaat kepada sesiapa yang pergi pada malam tersebut

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Mei 25, 2012

Senyuman Di Botani

Tarikh: 19/5/2012

masa: 7.45 pg - 1.30 ptg

tempat: Taman Botani Putra Jaya

Jumlah Peserta: 35 orang



Program Senyuman Di Botani yang diadakan pada 19 Mei lalu telah diadakan di Taman Botani Putra jaya, program berbentuk santai ini melibatkan penyertaan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada ahli PRU. Objektif program ini adalah untuk merapatkan lagi ukhwah sesama ahli PRU tidak kira ahli baru mahu pun yang lama disamping melantik ahli baru Protem ke dalam jawatankuasa Organisasi PRU




Hasil daripada program tersebut Alhamdulillah telah menimbulkan satu ikatan ukhwah yang kukuh antara ahli, selain itu ahli protem dapat mengetahui lebih jelas tentang tugas-tugas mereka dalam PRU serta dapat bersantai bersama, diharapkan program outdoor seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kehadiran semua ahli PRU supaya kita akan dapat mengenali antara satu sama lain




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Mei 23, 2012

Selamat Datang Pelajar Tamhidi 2012/2013



Ahlan Wasahlan...

Kepada para Pelajar Tamhidi USIM yang bakal memulakan langkah gemilang di Bumi USIM tercinta ini bermula esok pagi. Kami dari pihak Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) mengucapkan selamat maju jaya kepada anda semua.

Semoga kehidupan baru yang bakal kalian tempuh menjadikan diri lebih matang dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

-KAMI PRIHATIN-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, Mei 22, 2012

D'Si 6 2012




Program Dialog Siswa yang ke-6 pada tahun 2012 yang diadakan 11 Mei yang lalu ini merupakan program tahunan Kelab Pembimbing Rakan Universiti ini diadakan di Kolej Kediaman Satu (KK1) telah melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta tahun satu. Objektif program yang berbentuk santai ini dijalankan adalah untuk berkongsi pengalaman dan merupakan peluang untuk ahli-ahli PRU bersama-sama dengan mahasiswa/i USIM.

Hasil daripada program tersebut mendapat respon yang positif. Alhamdulillah, para peserta berpuas hati dengan perbincangan dan dialog yang mereka sertai bersama fasilitator jemputan yang juga terdiri daripada kalangan PRU sendiri. Diharap program tahunan ini dapat dijalankan dengan lebih tersusun dengan penigkatan peserta dari tahun ke tahun.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed