Isnin, April 30, 2012

Hidup adalah Perjuangan


Kemenangan hari ini..bukanlah bererti kemenangan esok hari
kegagalan hari ini..bukanlah bererti kegagalan esok hari
Tiada yang jatuh dari langit dengan cuma-cuma
semua usaha dan doa
kebenaran hari ini bukanlah bererti kebenaran saat nanti
kebenaran bukanlah kenyataan
hidup adalah perjuangan tanpa henti-henti
usah kau menangisi hari kelmarin
hidup adalah perjuangan
bukanlah arah dan tujuan
hidup adalah perjuangan

(lagu hidup adalah perjuangan,Dewa 19)

Kita sampai pada keadaan sekarang adalah dengan perjuangan.
Dan selama nafas ini masih berhembus, selama itu semua manusia akan terus berjuang.
Berjuang dan terus berjuang...
Sejak lahir hingga ke akhir hayat, semua dari kita ini berjuang.

Tengok saja,
Seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum pernah ia kenal sebelumnya.
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang teguh.
Seorang ayah berjuang bermati-matian untuk menafkahi keluarganya.
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu.
Yang miskin berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang sewajarnya.
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu.
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka semula tudungnya.
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga.
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalankan kehidupannya.
Dan...setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada-Nya serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama-Nya, menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.

Lihatlah!Semua manusia berjuang!

Semoga kita terus bejuang dan tidak mudah melatah di perjalanan ini=)

"Adaptasi daripada buku Melukis Pelangi:Catatan Hati Oki Setiana Dewi"

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, April 17, 2012

Klinik Pengurusan Stress 2012

Anda mengalami tekanan?
Selalu stress?
Dilanda kemurungan?
Tidak tahu bagaimana hendak mengatasinya?
Ayuh!Kami ada penyelesaiannya!
Sertai kami dalam Klinik Pengurusan Stress!
Anda bisa peroleh apa yang anda inginkan!


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ORGANISASI KEPIMPINAN PRU 2012









Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, April 04, 2012

Bengkel Baiki Kenderaan



POLITEKNIK PORT DICKSON, 10 MAC 2012- Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripadamahasiswa/i USIM telah menyertai Bengkel Membaiki Kenderaan. Turut hadir bersama 8 orang fasilitator dalam kalangan ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM. Bengkel yang merupakan anjuran Exco Kerjaya PRU ini telah dilaksanakan dengan penuh jayanya.

Bengkel ini telah mendedahkan para peserta tentang teori selok-belok masalah asas kenderaan yang sering dihadapi, cara pengendalian, dan yang paling menarik mereka dapat mengaplikasikan sendiri ilmu yang telah diperoleh sewaktu slot pertama dan kedua pada slot ketiga iaitu slot praktikal.

“Alhamdulillah, kami merasa sangat berbaloi menghadiri bengkel ini. Kalau boleh di masa akan datang, program ini boleh dipanjangkan lagi tempohnya untuk kami belajar lebih banyak kemahiran,” ujar salah seorang peserta bengkel. Harapan dari para peserta agar program semacam ini mampu diteruskan dan dibuat lagi pada masa akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed