Sabtu, Februari 23, 2013

Sembang Santai Bersama Kaunselor (SEKA)

kalau dahulu Program Transpormasi Diri atau PTD yang berbentuk Motivation Talk diadakan pada setiap Rabu, tapi kali ini pihak UPKK USIM telah membuat pembaharuan dengan memperkenalkan program SEKA atau Sembang Santai Bersama Kaunselor, program ini juga diadakan pada hari rabu jam 2.30-4.30 petang yang akan diadakan selama 5 minggu dengan lima topik yang berbeza, program SEKA lebih berbentuk Group Discussion atau kaunseling Kelompok yang melibatkan peserta dalam kuantiti yang lebih kecil iaitu seramai 15 orang. Jadi kepada mahasiswa USIM dan ahli Kelab PRU USIM terutamanya jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama transformasi diri dengan lebih mengenal diri sendiri melalui Inventory yang akan dijalankan dalam program SEKA, anda hanya perlu mendapatkan borang pendaftarn di pejabat Unit Psychologi dan kaunseling Kerjaya di HEP, siapa cepat mendaftar dia akan dapat menyertai SEKA untuk minggu tersebut


PRU

-Kami Prihatin-
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Februari 03, 2013

PERTANDINGAN TILAWAH ALQURAN IPT ASEAN 2013

Semalam, pada 2hb Februari 2013 telah diadakan pertandingan Tilawah Al-Quran sempena Ihtifal IPT ASEAN yang berlangsung dari 31 Januari hingga 4 Februari 2013. Pertandingan ini disertai oleh pelbagai peserta dari berbagai-bagai IPT di rantau ASEAN ini. Menariknya, terdapat wakil qari dan qari'ah yang hadir dari pelosok negara seperti dari Indonesia, Singapura, Brunei, dan Malaysia.

Pertandingan ini menyaksikan seramai 24 orang peserta yang berentap bagi merebut gelaran johan, tempat pertama, dan ketiga.Seramai lebih kurang 15 orang urusetia daripada kalangan ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) yang turut terlibat dalam menjayakan program tahunan USIM ini.


Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal."
(Surah Al Anfaal:2)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya."
(HR Muslim)

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)

~Kami Prihatin~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed