Jumaat, Februari 05, 2016

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SK BANDAR TASIK KESUMA







Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia telah menerima jemputan sebagai fasilitator dalam Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma Beranang, Selangor. Seramai 10 orang ahli PRU telah terlibat sebagai fasilitator dalam kursus ini. Kursus kepimpinan ini melibatkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pengawas Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. 

Objektif utama perlaksanaan kursus ini adalah untuk menerap dan mencungkil nilai kepimpinan dalam diri setiap pengawas di sekolah ini. Antara modul yang digunakan sepanjang berlangsungnya kursus ini adalah modul Tangan Ajaib, Si Buta Sayang dan Pemimpin Yang Awesome. Setiap modul yang dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Di akhir kursus ini, para peserta melafazkan ikrar janji untuk menjadi pengawas sekolah yang tanggungjawab dan sentiasa profesional dalam melakukan tugasan di sekolah. 



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed