Ahad, Disember 20, 2009

BenGkEL PeMaNtaPan HaLa TUJu PRU






Salam wbt...


Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju PRU untuk masa akan datang dari segi pengurusan program dan pelaksnaannya...bengkel yang diarahkan oleh cik Wani kita ni telah diadakan dengan jayanya selama 2 hari bermula pada 21 Nov bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSU USIM.Puan Reen telah memulakan sesi taklimat pada pagi tersebut dan diikuti oleh perbincangan dan pembentangan oleh ketua2 setiap biro tentang perancangan mereka untuk masa hadapan...paling menyeronokkan keesokan arinya pula diikuti dengan aktiviti di luar kampus..nak tau kat ner???kami konvoi dengan bas Sidek Canopy ke Teluk Kemang, Port Dickson...hehe..best sangat2...
Secara keseluruhannya, objektif bengkel ini diadakan dapat dicapai & penglibatan ahli pru juga amat memberangsangkan..dengan berkhirnya bengkel ini, maka berakhirlah prgram untuk semester ini dan kita akan berjumpa lagi pada semester hadapan...selamat bercuti pada semua...hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MeLATiH LidAH LaNTAnG BiCARa

Hebat kan tajuknya??...hehe…begitu jugalah sehebat programnya yang diketuai oleh cik Syamila King kita ni..program yang telah banyak kali ditukar tarikhnya ekoran masalah yang tidak dapat dielakkan ini telah diadakan pada 16 Oktober 2009 (Jumaat) bertempat di DKF 1.2 FKP pada jam 3 petang.
Proramgini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dan terdapat banyak pelajar yang memberikan respon positif. Program ini mencapai objektifnya iaitu dengan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara bercakap di khalayak ramai selain berkongsi maklumat mengenai public speaking oleh penceramah jemputan. Selain itu, pihak urusetia juga telah menjemput fasilitator dari kalangan individu iaitu mahasiswa/wi USIM yang lantang bercakap di khalayak ramai dan peserta telah dibahagikan kepada kelompok kecil untuk sesi LDK.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

WACANA REmAJa & SeMiNaR SeRoNOkNyA BerPERSAtUAn

Ini adalah program 2 in 1…hehee…dapt manfaat untuk 2 program sekaligus. Bagus kan??...by the way, program yang bertujuan memberi sedikit sebanyak input kepada peserta tentang kelebihan berpersatuan ini telah dianjurakn oleh biro motivasi PRU. Ceramah disampaikan oleh Saudara Razlan Ahmad yang merupakan ahli PRU sendiri.Program ni sebenarnya joint venture di antara PRU dengan MPP USIM bersempena dengan Karnival Mahasiswa (KARSIS).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

“I’M THE BEST OF THE BEST SPEAKERS”

Are you the best speaker??...hehe…if you think you are, so it’s you…program ni memang best dengan menampilkan Abang Akmal (ahli kumpulan nasyid Instinct) sebagai penceramahnya..telah diadakan pada 12 September 2009 bertempat di FSU. Meskipun bilangan peserta yang kurang memberangsangkan, tapi bak kata pengarahnya Kak Jud, program ni dapat capai objektifnya jika dikira dari sudut kualiti dan bukan kuantiti..betul3….overall para peserta dapat la sedikit sebanyak input tentang tip2 untuk menjadi best speaker dan juga tidak merasa gugup berhadapan khalayak ramai…syabas semua..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MaJliS InTeRAkSI DiRi (MIDI)

Emm…program ape pulak ni ek??..hehe..MIDI ini adalah salah satu program yang diadakan dalam usaha untuk mewujudkan satu medium untuk berinteraksi dan juga membuka minda di kalangan ahli PRU demi meningkatkan kualiti dan juga kredibilti ahli.Justeru, di ataas tujuan inilah,cik Putri kita ni telah diberi tugas untuk menguruskan majlis ini dibantu oleh ajknya.
Diadakan pada jam 3 petang bertempat di Galeri HEP (x pernah dibuat orang..hehe)…majlis telah dimulakan dengan slot Tadarrus Al-Quran yang diketuai oleh Pengerusi kami…kemudian diteruskan dengan sesi bersama Puan Reen..majlis berakhir selepas sesi berbuka puasa beramai-ramai (bestnyer…nasi tomato)…dapat cenderahati lagi…terima kasih pada semua yang menjayakan program ini…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

BeNGkeL PenGURruSAn SEtiAUsaHA & SisTEM pEngfaiLan

Seterusnya…antara program yang dianjurkan pada bulan Ramadhan baru-baru ni ialah Bengkel Pengurusan Setiausah & Sistem Pengfailan yang dikendalikan oleh biro pembangunan & latihan dalam PRU. Diadakan pada hari Sabtu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama HEP, seramai 20 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan urusetianya hanyalah seramai 5 orang (Saha, Ana, Wani, Faiz & Khairi)…
Melibatkan penceramah iaitu pegawai HEP sendiri (En. Muin Yahaya), bengkel ini telah berjaya mencapai objektif penganjurannya iaitu untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tugas-tugas setiausaha selain cara-cara yang betul dalm pengurusan sistem pengfailan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

BeNgkel PeNGaCarAaN MaJLis









Berminat untuk menjadi pengacara majlis??...bengkel ini memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik yang betul untuk menjadi seorang pengacara majlis. Menampilkan Encik Hasni Zulkiflee sebagai penceramahnya, bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama FSU dengan bilangan peserta yang dihadkan kepada 30 orang sahaja.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PeMiLiHaN aHLi BaRU PRU seSi 09/10







Alhamdulillah…akhirnya PRU da dapat junior-junior yang akan bersama-sama menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan. Pada tarikh yang sama dengan program Menuju Puncak iaitu pada 25 Julai 2009 PRU telah mengadakan sesi pemilihan ahli baru setelah hampir 2 tahun tidak membuat sebarang pengambilan baru.
Seramai lebih kurang 300 orang pelajar da menghantar borang…fuh..ramai tu..tapi yang dicari cuma dalam lingkungan 60 orang yang akan ditapis oleh kaunselor-kaunselor( susah-susah)….dan setelah ditemuduga oleh kaunselor, hanya 35 orang sahaja yang berjaya menjadi ahli PRU secara rasminya..pada yang tak berjaya cuba lagi pada sesi pemilihan yang akan datang dan pada yang berjaya selamat menempuh segala cabaran yang bakal mendatang…good luck!!....Alhamdulillah…akhirnya PRU da dapat junior-junior yang akan bersama-sama menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan. Pada tarikh yang sama dengan program Menuju Puncak iaitu pada 25 Julai 2009 PRU telah mengadakan sesi pemilihan ahli baru setelah hampir 2 tahun tidak membuat sebarang pengambilan baru.
Seramai lebih kurang 300 orang pelajar da menghantar borang…fuh..ramai tu..tapi yang dicari cuma dalam lingkungan 60 orang yang akan ditapis oleh kaunselor-kaunselor( susah-susah)….dan setelah ditemuduga oleh kaunselor, hanya 35 orang sahaja yang berjaya menjadi ahli PRU secara rasminya..pada yang tak berjaya cuba lagi pada sesi pemilihan yang akan datang dan pada yang berjaya selamat menempuh segala cabaran yang bakal mendatang…good luck!!....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MeNuju PunCaK SeSi 3

Melalui biro akademik, PRU dengan kerjasama Unit Kaunseling & Pembangunan Sahsiah (UKPS) telah menganjurkan program motivasi Menuju Puncak Sesi 3 yang dianjurkan khusus untuk membantu para peserta (mahasiswa USIM) dalam teknik pengurusan masa, teknik bijak belajar, cara pengiraan PNGK dan lain-lain lagi.
Program ini telah diadakan pada 24, 25 & 26 Julai 2009 bertempat di Kem Sendayu Event,Gombak. Manakala bilangan peserta adalah seramai 28 orang dengan urusetia seramai 10 orang. Walaupun bilangan peserta adalah kurang dari sasaran iaitu seramai 40 orang, namun objektif utama program masih dapat dicapai.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, November 25, 2009

SALAM...
Untuk makluman semua..PRU sekarang ni dlm proses untuk meng update blog kami ini. Sebarang cadangan sgt2 la dialu-alukan untuk kebaikan kita bersama...segala program yang telah dijalankan sepanjang bulan Julai-November untuk tahun ini sdang dlm proses kemaskini untuk semua..dan segala proses update ni dilakukan oleh kami biro PEMBANGUNAN SUMBER & PENERBITAN....sekian...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hari Mesra PRU

Salam semua...bertemu lg di ruangan blog PRU...pernah dgr tentang HaRi Mesra PRU??...untuk makluman semua, program ni first time PRU adakan dengan tujuan untuk mendekatkan PRU dengan mahasiswa/i USIM...bermula dengan pameran PRU di PKP dan kemuncaknya di Kolej Kediaman Nilam Court..

Antara yang boleh dibanggakan ialah kesudian TNC USIM merasmikan acara perasmian penutup iaitu Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Memetik kata-kata TNC, “Kita mengharapkan program seperti ini akan memberi manfaat kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk ke alam kampus” ketika memberi ucapan perasmian penutup di Dtaran Kolej Kediaman Nilam Court.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik dan sukaneka pada waktu pagi, manakala pada waktu petang ialah slot motivasi yang di sampaikan oleh Kaunselor Universiti iaitu Puan Nurhazreen Mohd Nor dan Puan Fadhilah Othman. Dan pada waktu malam diadakan Talkshow yang bertajuk Penampilan Dan Ketrampilan disampaikan oleh Encik Idris Jusoh, Kaunselor SMK Dato Mohd Redza, Seremban.
Sebagai kesimpulannya, program Hari Mesra Kelab Pembimbing Rakan Universiti ini telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai program tahunan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk sesi seterusnya kenal dan tahu bahawa di Usim terdapat Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, November 11, 2009

Pru@Zoo....



Salam semua..

Pada 25hb 11 baru-baru ni PRU telah menganjurkan satu aktiviti yang cukup menyeronokkan iaitu mengunjungi Zoo Negara Malaysia....Seramai lebih kurang 20 orang ahli pru telah menyertainya..memang dah lama dirancang untuk pergi ke zoo ni.tahniah la kepada pengarah progam ni cik Dayah Isa kita..hehe...kebetulan jugak la USIM pun tengah cuti stdy week masa tu...so kira program release tension la ni sebelum exam...

Lepas g ke zoo kami bermai-ramai konvoi ke sungai congkak, dan setrusnyer ke Metro Kajang main boling....memang sungguh menyeronokkan..hehehe...
Jom tengok antara gambar-gambar yang dah berjaya ditangkap (betul ker ayat ni?..layan jer..) - ceq xtau la sapa yg wat nie.. but pape pon tq..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Ogos 02, 2009

baju batik & baju korporat

kedua-dua baju sepatutnya semua da dapat...tapi memandangkan ada yang xnk, ada la yang xdpat...huhu...
kaler2 yang PRU pilih ni semua berbeza...bju batik, pink...bju korporat pulak kaler biru...kad ahli kaler ijau pulak....nasib la kan......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ID card PRU



ha,ahli kelab pru da dapat kad keahlian...yang xtempah tu xda la kan..hehe
walau pun xsberapa,tp boleh la tahan juga...cuma nya muka tu xnmpak sgt...
thaNx to bro "THE LEG"...tnpa beliau xd la kad ni... =>
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, April 04, 2009

Umat Islam Leka Atau Terlupa

Jika diperkatakan tentang sejarah umat Islam, zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam, Sahabat, Tabiin dan Tabi’ut Tabi'in adalah zaman keemasan dan zaman terbaik. Perhatikan sabda Rasulullah :


عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ، ثُمَّ
الَّذِينَ يَلُوْنَھُمْ ، ثُمَّ الَّذِيْنَ َيلُوْنَھُمْ
(متفق عليه: بخاري:حديث رقم:2652 وحديث مسلم رقم:2533
)


Maksudnya: "Dari Ibnu Masoud: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sebaik-baikgenerasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in)
dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-tabi’in)".
Ketiga-tiga kurun tersebut jelas disampaikan adalah zaman yang TERBAIK. Persoalannya kenapakah zaman itu dinyatakan oleh Rasulullah sebagai zaman yang terbaik?. Jawapan kepada soalan tersebut adalah lebih kurang kerana ketiga-tiga zaman tersebut Umat Islam mengamalkan segala ajaran dan panduan Rasulullah samaada dari sudut akidah, muamalat (sosial), ekonomi, siasah(politik) sebagai cara hidup yang sempurna. Jika kita amati dari kisah-kisah para Sahabat R.A dan para tabi’in, banyak contoh dan tauladan yang mulia tercatat di lipatan sejarah menjadi rujukan para penceramah dan ustaz dalam kuliahnya.
Mereka adalah umat yang terbaik dari segi luaran dan dalaman. Dari segi luaran mereka adalah manusia yang taat dan patuh pada ajaran islam, muamalat mereka sesama manusia tidak diletakkan pada ukuran bangsa, keturunan, kekayaan, dan ketinggian tetapi mereka meletakkan hubungan manusia sebagai ukuran saling kenal mengenali seterusnya saling bantu-membantu bukannya jatuh-menjatuh dan hina-menghina. Kitab Suci al-Qur’an memaparkan dengan dengan firman Allah dalam surah al-Fath ayat ke 29:


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا(29


29. Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.

Semua ini jelas dinyatakan dalam kitab suci al-Qur’anulkarim. Dari segi dalaman pula, mereka adalah manusia yang bersifat dan bersikap dengan segala kemuliaan. Beraninya mereka kerana kebenaran, takutnya mereka kerana melakukan kesilapan, tingkat kesabaran mereka jauh dari kita, mungkin boleh dikatakan bumi dan langit.
Contoh dari sejarah pengumpulan al-Qur’an memaparkan bahawa pada mulanya Saiyyidina Abu Bakr as-Siddiq R.A tidak menyetujui al-Qur’an itu dikumpulakan kerana Rasulullah tidak pernah melakukannya semasa hayat. Namun begitu, akhirnya Beliau bersetuju atas dasar menjaga kemashlahatan Umat Islam. Hal ini membuktikan betapa patuhnya sahabat pada Rasulullah hinggakan apa sahaja perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah mereka tidak berani melakukannya.
Bandingkan kita yang mangakui Umat Muhammad Sallallahualaihiwasaallam, melalui ayat suci al-Qur’an tersebut. Pertama, adakah kita mengakui bahawa Rasulullah itu Pesuruh Allah dengan erti kata lain sebagai ikutan dan suri tauladan kita, apa sahaja yang dibawa dan disampaikan oleh Baginda kita ikuti dengan pengakuan mulut dan pengamalan dengan badan!.Satu contoh, al-Qur’an adalah Kitab Suci umat Islam, semua itu mereka mengakuinya, namun berapa kalikah kita membacanya dalam seminggu atau berapa kalikah dalam sebulan atau yang paling teruk berapa kalikah dalam setahun kita membacanya. Sekiranya kita hanya membacanya sebulan dalam setahun itupun tidak memadai, kerana kita belum mentadabbur ayat-ayatNya dan menghayati serta mengamalkannya. Ini adalah satu contoh dari ratusan mungkin ribuan atau jutaan contoh yang umat Islam melupakannya atau terleka dengan kehidupan hariannya.
Bersambung....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Mac 13, 2009

PROGRAM MOTIVASI DI RANTAU


Assalamualaikum......
Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari khamis 12 Mac 2009, satu program motivasi dan kecemerlangan diri telah diadakan di daerah Rantau,negeri sembilan. program ni merupakan progam anjuran MPN dengan kerjasama USIM...
Seramai 40 orang mahasiswa USIM telah terpilih sebagai fasilitator program ni....fasilitator terdiri dari ahli PRU dan terbuka kepada semua mahasiswa USIM yang berminat.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sekitar Majlis Perlantikan...


Pada hari Rabu bertarikh 11 Mac 2009 terciptanya satu lembaran baru dalam sejarah PRU Usim di mana majlis perlantikan exco baru 2008/2009 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FKP.Alhamdulillah......majlis berjalan dengan lancar walaupun di tengah-tengah majlis tu berlangsung berlakunya satu kesilapan teknikal yang membengangkan THE LEG...hehe...but overall majlis berjalan dengan lancar...
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis ini termasuklah exco-exco lama seperti achik,kak yam, kak fatin, tajol n choi...you all the best la...



Masih terkenang-kenang lagi kata-kata Dato' Asin yang mengatakan kita sebagai PRU adalah di kalangan orang yang beruntung kerana terpilih untuk membimbing kawan-kawan kita yang lain....uisshhh...berat sungguh tanggungjawab kita sebagai PRU ni kan kan...
Pada exco-exco yang baru ni diharapkan anda semua dapat la menjalankan amanah yang telah diberikan untuk lebih memantapkan lagi PRU di masa yang akan datang....
good luck...............

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Mac 08, 2009

Members card

assalamualaikum w.w.

perhatian!!!!!!!!

setiap ahli akan mempunyai kad ahli kelab pembimbing rakan universiti..

insyaALLAH pada ujung bulan ini. itu pun kalau anda beri kerjasama, iaitu::
1) membayar yuran kad sebanyak RM10.00 shj
2) serta kan gambar anda yang hemsem dan yang cantik tu kat Fadzly a.k.a THE LEG

members card ini di design oleh THE LEG sendiri atas komen2 dari beberapa pihak termasuklah saya sekali...hehehehe
saya rasa majoriti ahli kelab da tengok design card tu...comey dan sewaktu dengannya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, Mac 07, 2009

majlis penyampaian perlantikan

pru bakal mencipta sejarah dalam dunia kelab pru dangan mengadakan satu majlis penyampaian perlantikkan.

majlis ini akan berlangsung pada:
hari : RABU (11hb mac 2009)
masa : 2.00 ptg
tempat : bilik mesyuarat FKP

perjalanan majlis:
- doa
- ucapan aluan
- bacaan ikrar
- penyampaian penghargaan
- penyampaian perlantikan
- ucapan TNC
- jamuan dan bersurai

*semua ahli kelab diharap dapat hadir ke majlis tersebut.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

boikot israel

Sekarang ini kita dihangatkan dengan kisah peperangan yang menyayat hati sedang berlaku di Gaza, Palestin. Kekejaman Israel musuh Islam dan musuh Allah bermaharajalela. Umat Islam ditekan, dizalimi. Tapi kita dikatakan pengganas. Amerika pembela, penuntut keadilan. Di jalan benarkah mereka yang tidak faham erti gencatan senjata? Tidak menurut perjanjian damai yang dimahukan.

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud, "...tidak sesekali mereka (kaum musyrik) akan menyetujui kamu sehingga kamu menurut kata (tunjuk ajar) mereka...".

Mengapa ada antara kita (umat Islam) sendiri seolah-olah mengikut arahan Yahudi laknatullah? Isu Gaza, Palestin bukanlah isu atau masalah rakyat Palestin semata kerana ia adalah isu agama. Agama kita sedang ditindas. Agama kita sedang diperangi. Apakah yang kita lakukan? Masih menyogok membuntuti Amerika Syarikat?'

Apakah kita fikir bahawa apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku pada kita? Saat kita sedang berenak-enak dibuai kenikmatan dunia yang dipinjamkan Allah, kita berjalan, kita bergurau-senda, mereka tidak sempat memikirkan apakah peperangan ini akan berakhir? Bilakah ia akan tamat? Adakah pernah kita cuba berfikir perkara itu akan berlaku pada negara kita, pada kita?

Saat kita berlari-lari berkejaran bersama teman, anak-anak, mereka terpaksa melarikan diri dari jutaan bedilan bom Israel. Saat kita menghubungi ahli keluarga kita, mereka menatapi kematian demi kematian ahli keluarga tercinta. Saat kita mahu tidur menghilangkan lelah seharian, mereka tidak punya masa untuk itu, malah mereka tidak mampu untuk berfikir apakah mereka akan hidup walau hanya seminit lagi.

yusuf al-Qardawi ada mengeluarkan fatwa yang bermaksud bahawa "...apabila kita membantu Yahudi (termasuk membeli barangan mereka), kita seolah-olah membantu mereka menambah peluru untuk menghancurkan saudara kita sendiri di negara yang diperangi".

Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu? Apakah kita berani menjawab di hadapan Allah tatkala dipersoalkan-Nya nanti, apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan agama-Nya? Kita tidak mampu untuk berperang, kita menghulurkan bantuan kewangan, perubatan dan makanan, tidak mampu untuk itu apa lagi ruang yang kita boleh berbakti selain berdoa dan memboikot barangan keluaran Amerika, Yahudi dan sekutunya? Kerana ekonomi adalah 'senjata' sesebuah negara, maka dengan itu kita mampu melemahkan kekuatan mereka.

Teringat kisah burung kecil dalam peristiwa Nabi Ibrahim dibakar dalam api marak. Burung kecil itu terbang mengisi air di dalam paruhnya dan menitiskan air tersebut ke atas api yang sedang membakar Nabi Allah Ibarahim. Burung itu apabila ditanya "hai burung kecil, apakah yang kau lakukan? sedang tubuhmu yang kecil (dan perlakuan menitiskan air) tidak akan sekali memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim?" Lalu dijawab burung kecil itu "sekurang-kurangnya aku melaksanakan tugasku dan aku takut disoal Allah pada hari pembalasan nanti jika aku tidak melakukan apa-apa untuk membantu nabi-Nya."..

Apakah kita masih belum mendapat iktibar dari perbuatan si burung kecil yang tidak berakal itu? Laksanakanlah kewajipan kita. Biarpun sukar, tapi kita mampu untuk melakukannya. Semuanya hanya pada diri kita sendiri, di manakah kesedaran kita...........?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, Mac 01, 2009

Pameran 2009

assalamualaikm w.w

pada 10-13hb Februari 2009, Kelab Pembimbing Rakan Universiti telah mengadakan satu pameran secara besar-besaran. Pameran ini bertempat di Foyer FKP bermula dari jam 9.00-5.00petang.

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam pameran tersebut ialah kuiz, permainan UNO dan puzzle. Dalam aktiviti ini, kelab telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dimiliki oleh setiap pemenang yang dapat menyelesaikan permainan tersebut.

Selain itu, setiap ahli kelab telah mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan kelab dan ukps. Kebanyakan risalah adalah berbentuk motivasi dan akademik. Ada juga risalah yang berbentuk psikologi seperti 'Belajar Rileks' dan cara untuk mendapatkan tidur yang cukup

Di samping mempromosikan kelab, ahli pru turut membantu ukps dalam ujian personaliti yang mereka anjurkan. pada masa yang sama, kelab pru dan ukps telah membuka penyertaan peserta untuk program-program yang akan datang seperti program "menuju puncak" yang akan dikendalikan oleh ukps dengan kerjasama pru.

di sepanjang pameran ini berlangsung, pru telah mengedarkan borang pengambilan ahli baru untuk sesi ini. penyertaan yang diterima amat menggalakkan di kalangan pelajar tahun satu dan ada juga dari pelajar tahun tiga dan selain keduanya.

untuk makluman, pameran ini berjalan lancar seperti yang dikehendaki. hakikatnya yang baik tu daripada ALLAH swt dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.

nice day =) wassalam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Januari 29, 2009

Jawatankuasa Kelab pembimbing rakan universiti 2009

Pengerusi : Mahmud Mukhyuddin
Naib Pengerusi : Rabiatul Adawiah Alkharib Shah
Setiausaha 1 : Raihanah Ismail
Setiausaha 2 : Nur Azliyana Ab Kadir
Bendahari : Putri Hidayatul Istiqamah Hussain
Pembangunan Sumber dan Penerbitan : Nurhazwani Alias
Latihan dan Pembangunan : Sahabuddin Mat Nasim
Motivasi : Mohd Razlan Ahmad
Kerjaya : Mohd Hanis Damanhuri@Damanuri
Akademik : Mohd Faiz b Ahmad @ Abdullah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed