Rabu, November 25, 2009

Hari Mesra PRU

Salam semua...bertemu lg di ruangan blog PRU...pernah dgr tentang HaRi Mesra PRU??...untuk makluman semua, program ni first time PRU adakan dengan tujuan untuk mendekatkan PRU dengan mahasiswa/i USIM...bermula dengan pameran PRU di PKP dan kemuncaknya di Kolej Kediaman Nilam Court..

Antara yang boleh dibanggakan ialah kesudian TNC USIM merasmikan acara perasmian penutup iaitu Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Memetik kata-kata TNC, “Kita mengharapkan program seperti ini akan memberi manfaat kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk ke alam kampus” ketika memberi ucapan perasmian penutup di Dtaran Kolej Kediaman Nilam Court.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik dan sukaneka pada waktu pagi, manakala pada waktu petang ialah slot motivasi yang di sampaikan oleh Kaunselor Universiti iaitu Puan Nurhazreen Mohd Nor dan Puan Fadhilah Othman. Dan pada waktu malam diadakan Talkshow yang bertajuk Penampilan Dan Ketrampilan disampaikan oleh Encik Idris Jusoh, Kaunselor SMK Dato Mohd Redza, Seremban.
Sebagai kesimpulannya, program Hari Mesra Kelab Pembimbing Rakan Universiti ini telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai program tahunan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru masuk sesi seterusnya kenal dan tahu bahawa di Usim terdapat Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan: