Selasa, Januari 26, 2010

DiaLoG SiSwa/i 2009 ( D'Si '09)



 





Pembimbing Rakan Universiti menyahut cabaran PEGAWAI PSIKOLOGI iaitu Puan Nurhazreen Binti Mohd. Nor yang juga merupakan penasihat kepada Kelab PRU ini dengan berjaya melaksanakan program Dialog Siswa/i 2009 (D'si 09). Ianya merupakan program berbentuk diskusi berkumpulan, perkongsian idea, cadangan dan pendapat di antara mahasiswa dan mahasiswi USIM. Program yang diadakan sebanyak 2 kali pada masa dan waktu yang berlainan berjaya menarik peserta hampir 200 mahasiswa hasil dari 2 program tersebut. Ianya berlangsung di kediaman Nilam Court pada jam 8.30pm sehingga 11.00 pm. D'si 09 (1) pada 4 Disember 2009: Tajuk nya adalah kepentingn penglibatan dalam persatuan pelajar, manakala D'si 09 (2) pada 8 Disember 2009 yang bertajuk : Mind Setting dalam perancngan Kerjaya. Hasilnya begitu memberangsangkan apabila pelajar memberi respon dalam aspek pnca tidak melibatkan diri, kebaikan penglibtan, perkara yang mendorong pglibtan dan menangani pelajar yang kurang melibtkan diri dalam persatuan dan juga perancangan kerjaya setelah tamat pengajian di sini. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang terlibat dan juga kepada AJK yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Kesinambungan program ini akan di teruskan pada masa hadapan. Nantikan kemunculannya. Tq =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan: