Selasa, April 05, 2011

AKTIVITI PRU

Assalamualaikum kepada sekalian warga..

Alhamdulillah, walaupun banyak kekangan di saat-saat akhit di ambang peperiksaan ni, diberi kesempatan juga untuk mengemaskini blog yang dah agak bersawang ini...

Jutaan kemaafan dari saya mewakili warga PRU atas kekurangan ini...

Namun begitu, Alhamdulillah, PRU tidak pernah sepi dengan pelbagai aktiviti yang membina sahsiah diri...

*********************************************


BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti di bawah kololaan Biro Kerjaya Kelab Pembimbing Rakan Universiti(PRU ) USIM. Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat

Utama FSU dan dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa USIM sendiri bagi mempelajari cara yang betul untuk menjadi seorang pengacara majlis dan secara tidak langsung memperbaiki dan meningkatkan kemahiran komunikasi mahasiswa itu sendiri. Alhamdulillah, sambutannya amat menggalakkan dan InsyaAllah, program susulan akan dilaksanakan untuk memastikan apa yang dipelajari bukanlah hanya pada hari tersebut.


*********************************************

PROGRAM RELAXATION THERAPY

Bagi mempeerkenalkan PRU kepada mahasiswa USIM dan menerangkan fungsi
PRU itu sendiri dengan jelas, satu program yang sangat menarik inidiadakan. Walaupun bi
langan peserta yang kurang lantaran promosi padasaat-saat akhir, namun kesan yang diperoleh amat baik.Program ini berjalan lancar dengan kerjasama dan komitmen semua pihak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dantidak langsung dalam menjalankan program ini.Diharap silaturrahim antarawarga USIM dan warga PRU sendiri menjadi lebih erat.

**************************************************

SESI BERGAMBAR PRU 2011 DAN GOTONG-ROYONG

Pada hari rabu yang lepas, semua warga PRU telah berkumpul di perkarangan pintu masuk bangunan HEP. Disana, sesi bergambar telah

diadakan mengikut biro masing-masing dan juga majlis tertinggi PRU. selepas selesaisesi bergambar, semua warga PRU telah bergerak ke bilik persatuan bagi sesi gotong-royong dan diskusi antarabiro masing-masing. Terima kasih kepada semua warga PRU yang terlibat dan semoga pada tahun ini PRU lebihproduktif dan bersama USIM terus maju!


*********************************

PROGRAM LIBUR SANTAI

Pada malam sabtu yang lalu, Biro Motivasi PRU telah mengendalikan program libur santai dengan kerjasama Biro Pembangunan dan Latihan PRU. Program ini diadakan di Dataran Selera dan dihadiri oleh ahli PRU snior dan Junior. Majlis dimulakan dengan aktiviti penyediaan makanan, makan BBQ bersama-sama dan seterusnya sedikit aktiviti yang amat menarik. Program sebegini berupaya mengekalkan tradisi kekeluargaan PRU turun-temurun.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran ahli2 PRU yang sedang menjalani Latihan Industri.Walaupun dalam kesibukan, mereka tetap mempunyai ruang dan masa utntuk bersama-sama memberikan kata-kata semangan dan turun padang bagi mengikuti perkembangan warka PRU.Diharapkan ukhuwah antara warga PRU kekal hingga ke akhirnya.Ameen.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan: