Selasa, Mac 13, 2012
Personaliti diri melalui tulisan
Assalamualaikum semua!
InsyaAllah pada hari ini kita akan bersama-sama membicarakan tentang personaliti atau sifat yang ada pada diri kita melalui jenis tulisan tangan kita!Saya yakin pasti ramai yang ingin tahu tentang perkara ini!Jom sama-sama kita kongsikan!
Secara generalnya, tulisan manusia terdiri daripada pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil, ada yang besar, yang lonjong, yang bulat, yang terang, semakin membesar, mengecil, menyondong ke kanan/kiri, dan sebagainya. Berikut merupakan serba sedikit ciri-ciri manusia berdasarkan tulisan:
TULISAN BULAT
~penyayang, suka bergaul
~emotional, prihatin
~kepekaan tinggi
~banyak memakai otak kanan(otak kreatif)
TULISAN TAJAM-TAJAM/LEPER-LEPER
~rasional
~bekerja dengan sistematik, pandai mengurus
~banyak menggunakan otak sebelah kiri(otak logik)
TULISAN KURUS
~suka membuat perkara yang digemarinya sahaja
TULISAN BERPETAK
~berotak matematik
TULISAN TEGAK
~rajin, bertanggungjawab
~pandai bergaul, sikap yang menyenangkan
~mampu membuat keputusan yang wajar dan tepat
~suka mengambil jalan tengah
~suka berkawan tetapi bukan dia yang mencari kawan tetapi kawan yang mencarinya
~sistematik, mudah kawal diri
TULISAN LEBAR
~aktif & suka melibatkan diri dalam persatuan
~gemar mengembara sambil bercuti
~kuirang bijak dalam menjaga hati teman-teman
TULISAN CONDONG KE KIRI
~sensitif walaupun dari segi luaran nampak seperti tidak kisah
~cukup berhati-hati
~sangat setia kepada oang yang dicintai, introvet
~suka menyimpan rahsia, agak pemalu
~tidak suka berubah
TULISAN CONDONG KE KANAN
~ekstrovet
~sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain
~kurang yakin dengan pendapat sendiri dan memrlukan pendapat orang lain untuk meyakinkan dirinya
~mempunyai perasaan cepat bosan, tidak suka menuggu lama
~mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
~suka berkongsi masalah dengan orang lain, suka bercerita
CONDONG YANG BERCAMPUR-CAMPUR
~emosi yang tidak tetap dan sukar diduga
TULISAN JARANG-JARANG
~tidak suka bercampur orang, kurang mesra, sedikitboros
TULISAN RAPAT-RAPAT
~suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain
~jimat/kedekut
SAIZ TULISAN BESAR
~seorang yang kurang matang namun inginkan orang lain mengikut caranya
~amat gembira jika yang orang yang memandan tinggi terhadap keupayaan dirinya
SAIZ TULISAN KECIL
~berfikiran jauh dan bersikap akademik
~sensitif dan mudah tersentuh jiwanya
SAIZ TULISAN MEMBESAR
~berfikiran terbuka
~agak kurang berhati-hati dalam tindakannya
SAIZ TULISAN MENGECIL
~suka berhati-hati dan pandai menyimpan rahsia
~sanggup berbohong dalam menutup kesalahannya
TEKANAN KUAT
~sihat, cergas, pantas, sedikit agresif
TEKANAN RINGAN
~kurang bertenaga, kurang sihat, mudah sakit
Kesimpulannya, tulisan sedikit sebanyak mencerminkan diri kita. Mungkin ada yang bertepatan dan mungkin juga tidak. Sama-sama kita refleksi diri!
sumber:Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai
Labels:
Personaliti diri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Hebat maklumat ni..tapi sy sendiri tak pasti tulisan sy macam mana..😁😁sebab tulisan sy kadang2 condong sebelah kanan,kadang2 rapat,kadang2 membulat...😋Saya pun pembimbing juga..Tapi pembimbing rakan sebaya,sekolah menengah..😊
Catat Ulasan