Tentatif :
8.00 pagi : Pendaftaran para peserta dan sarapan pagi
8.30 pagi : Slot 1 : Seronoknya Berpersatuan!
Oleh : En Mahmud Mukhyuddin
10.30 pagi : Aktiviti santai
11.00 pagi : Slot 2 : Pengurusan Masa Belajar VS Persatuan
Oleh : En Muhammad Abu Bakar
1.00 t/hari : Penyampaian cenderamata
1.15 t/hari : Majlis Bersurai dan makan tengahari
Secara umumnya, slot-slot yang akan kita ikuti memfokuskan pengalaman hidup si penceramah, cara mereka membahagikan masa antara belajar dan persatuan, impak berpersatuan pada kehidupannya sekarang,dan macam-macam lagi!
Seminar yang berbentuk santai ini diadakan bagi mengalakkan mahasiswa/i USIM aktif berpersatuan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang peri pentingnya persatuan yang disertai dan kaitannya dengan alam pekerjaan kelak. Mahasiswa/i perlu sedar bahawa kehidupan di kampus bukan semata-mata untuk mengejar 'pointer' yang tinggi tetapi perlu melengkapkan diri dengan skil-skil kemahiran insaniah. Bagi mereka yang ingin aktif berpesatuan namun takut untuk menceburkan diri lantaran khuatir tidak dapat menguruskan masa, seminar ini adalah jawapannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan