Seminar Manifestasi Cinta merupakan program Jabatan Pembangunan
Wanita Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pembimbing RakanUniversiti(PRU).Program yang ini
diadakan pada 21 Mac 2012 bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang telah dirasmikan oleh pengarah Jabatan pembangunan Wanita, Puan Nurhasmah bt Wan Muhamad.
Berbagai input yang telah dikongsikan bersama peserta program oleh penceramah jemputan
berkenaan isu wanita sebagai keldai dadah dan gangguan seksual terhadap wanita. Misalnya, di era ledakan informasi dan teknologi maklumat, gangguan seksual boleh berlaku menerusi internet dan mangsa tidak membataskan jantina, usia, agama, kaum, bangsa dan warna kulit. Gangguan seksual perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai untuk melakukan kesalahan seksual yang lebih berat seperti merogol .
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan