Khamis, Ogos 30, 2012

Selamat datang ke USIM



Selamat datang kepada pelajar baru Ijazah Sarjana Muda ke USIM, Tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih USIM sebagai destinasi seterusnya untuk melanjutkan pengajian.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda.

Semoga anda berjaya menggapai cita-cita anda.

"Kami Prihatin"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke - 55


Bersamalah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan penuh kesyukuran dengan memahami dan menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan setelah kita bebas daripada dijajah. Namun begitu persoalan yang timbul kini adakah kita benar-benar sudah bebas daripada penjajahan? melihat kepada situasi yang berlaku di negara kita pada hari ini, kita sebenarnya masih lagi dijajah dari sudut pemikiran dan budaya.Anak-anak muda pada hari ini sering mengamalkan budaya barat yang meresap dalam diri mereka melalui Media Massa yang wujud pada hari ini.
Oleh itu bersempena ulang tahun kemerdekaan ke -55 marilah sama-sama kita berusaha untuk membebaskan diri kita daripada pelbagai bentuk penjajahan  semampunya bagi melahirkan Modal Insan yang berakhlak mulia dan memastikan kestabilan negara terpelihara demi merealisasikan impian generasi akan datang.

Salam kemerdekaan ke - 55

Semoga negara kita terus aman dan makmur.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, Ogos 29, 2012

Kelebihan Puasa Enam di bulan Syawal

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kesan Tarbiyyah Ramadhan

Antara ciri golongan yang berjaya dalam ujian tarbiah Ramadan ialah orang yang terus kekal menyuburkan ibadat puasa, kekal membaca Al-Quran, sering bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah, bersedekah, suka memberi makanan kepada orang lain, menjaga lidah dan tuturkata dan sebagainya. Manakala ciri-ciri golongan yang tidak berjaya dalam ujian tarbiah Ramadan ialah orang yang gagal membuang sifat tercela daripada dirinya seperti takabbur, sombong, hasad dengki, dan khianat. Moga tarbiyah Ramadhan sentiasa kekal dalam diri kita.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Ogos 17, 2012

Salam lebaran 1433 Hj


Bila tiba nya akhir Ramadhan, ada yang sedih dan ada pula yang gembira, mereka bersedih kerana sygkan bulan Ramadhan yg terdapat padanya pelbagai nikmat dan ganjaran bg mereka yang mempunyai iman yang kental sehingga sukar untuk berpisah dngnnya. Bagi mereka yang gembira pula, mereka sudah tidak sabar untuk menyambut hari Raya yang dihiasi dngn suasana meriah bilamana berkumpul sanak saudara dikampung, serta dapat menikmati hidangan yang lazat bersama hiburan-hiburan yang terdapat di kaca Television, tp ingat, sambutlah hari Raya Aidilfitri dalam keadaan sederhana yg tidak melanggar syariat Islam, bawa bersama Tarbiyyah Ramadhan yg kita lalui didalam sambutan hari Raya Aidilfitri, mudah-mudahan kita bersederhana dan merasai kesusahan saudara kita yg berada dalam penderitaan sebagaimana yg berlaku di Palastine, Myanmar dan tempat-tempat lain lagi. Semoga kita menyambut lebaran ini dngn penuh kesyukuran dan kesederhanaan dan diberikan kesempatan untuk kita bertemu dengan Ramadhan akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hj, Maaf zahir Dan batin
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, Ogos 10, 2012

Mujahadah di bulan Ramadhan

Remaja Islam sejati tidak jatuh pandangannya pada dosa, tp jatuhnya dosa pada air matanya. tidak terbuka katanya dari dusta, tapi terbuka dustanya melalui kejujurannya. tidak tumpas tanggungjawabnya pada khianat, tp tumpasnya khianat kerana amanahnya. tidak rebah kakinya menghadapi ujian, tp rebahnya ujian kerana kesabarannya. tidak hilang maruahnya pd cinta dunia, tp hilangnya cinta dunia dirampas cinta pd penciptanya.....teruskan mujahadah di Bulan Ramadhan uang mulia ini dengan melipatgandakan amalan kebaikan serta istiqamah dengannya demi mendapat kasih syg daripada pencipta kita, semoga dngn rahmat dan kasih syg drpd Allah S.W.T melayakkan untuk kita bertemu dengan malam Al-Qadar insyaAllah.

Selamat beramal


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, Ogos 09, 2012

Tawaran Biasiswa dan pinjaman Pendidikan

Assalamualaikum Wbt,
Sukacita dimaklumkan, International Syariah Research Academy (ISRA) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Scholarship Award untuk peringkat pengajian Phd, Sarjana, dan ijazah Sarjana Muda.

Borang permohan serta syarat-syarat permohonan boleh didapati di laman web www.isra.my, sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn Shila pengawai ISRA di talian 03-76514211/4200.

Adalah dimaklumamkan tawaran pinjaman pendidikan Negeri Selangor dan pinjaman pelajaran Tenaga mahir FAST TRACK bagi sesi ke dua 2012, permohonan melalui ONLINE dengan melayari laman web http://tkwbns.selangor.gov.my/  dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 oges 2012, Jumaat

Selamat mencuba
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, Ogos 06, 2012

Tahniah!


Kita sering bersyukur atas nikmat dan kelebihan yang Allah berikan dalam diri kita, tapi kita tak jarang lupa untuk tetap mensyukuri kelemahan yang ada pada kita. Tanpa kita sedari, sebenarnya sesuatu yang kita pandang sebagai kekurangan sebenarnya merupakan kelebihan yang tak kita nampak dengan pandangan mata kasar kita.

Bersyukurlah!Bersangka baiklah dengan ALLAH!Kerana hal itu akan menjadikan kita sentiasa positif dengan apa jua yang terjadi pada kita..

Moga muhasabah diri sentiasa mengiringi agar kita tidak lupa tujuan sebenar kita diciptakan di dunia ini.

Ucapan Tahniah kepada semua mahasiswa/mahasiswi USIM atas keputusan peperiksaan yang diperoleh! ^_^

~Kami Prihatin~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed