Bersamalah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan penuh kesyukuran dengan memahami dan menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan setelah kita bebas daripada dijajah. Namun begitu persoalan yang timbul kini adakah kita benar-benar sudah bebas daripada penjajahan? melihat kepada situasi yang berlaku di negara kita pada hari ini, kita sebenarnya masih lagi dijajah dari sudut pemikiran dan budaya.Anak-anak muda pada hari ini sering mengamalkan budaya barat yang meresap dalam diri mereka melalui Media Massa yang wujud pada hari ini.
Oleh itu bersempena ulang tahun kemerdekaan ke -55 marilah sama-sama kita berusaha untuk membebaskan diri kita daripada pelbagai bentuk penjajahan semampunya bagi melahirkan Modal Insan yang berakhlak mulia dan memastikan kestabilan negara terpelihara demi merealisasikan impian generasi akan datang.Salam kemerdekaan ke - 55
Semoga negara kita terus aman dan makmur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan