Pada 13 Oktober
2012, Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah menganjurkan Lawatan
Kerjaya dan Perkongsian Pengalaman Bersama Otai Burger Holdings Sdn. Bhd. dengan
kerjasama Unit Psikologi, Kaunseling dan Kerjaya ( UPKK ).
Program ini
bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i USIM tentang perniagaan
franchise yang sedang berkembang pesat sebagai satu alternatif ke arah bidang
kerjaya.
Seramai 46 orang
peserta dan 20 Ahli Jawatankuasa telah bergerak ke Setapak pada awal pagi 13
Oktober 2012. Program ini telah berjaya diadakan bermula dari pukul 9:30 pagi –
1:30 Petang di Training Hall Otai Holdings Sdn. Bhd.
Secara amnya,
objektif seminar ini berjaya dicapai di mana ia bertujuan untuk mendedahkan
mahasiswa dan mahasiswi kepada industri franchise yang semakin berkembang pesat
di samping dapat berkongsi pengalaman bersama penceramah.
Secara kesimpulannya, karnival ini telah berjaya
dilaksanakan oleh Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. Diharap, seminar ini akan terus diadakan pada
masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan