Selasa, Disember 04, 2012

konvensyen PRSK Kebangsaan Ke 4

      Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah menyertai Konvensyen Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) kali ke-4 yang telah diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu pada 2 hingga 4 November yang lepas.

      Konvensyen ini diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk membina ukhuwah sesama ahli Pembimbing Rakan Siswa daripada semua universiti dari seluruh negara yang terdiri daripada zon utara, tengah, selatan dan juga Sabah dan Sarawak.

      Jumlah ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti USIM yang telah terlibat sebagai peserta jemputan adalah seramai 12 orang termasuk pengerusi PRSK serta seorang pembentang.

      Konvensyen pada kali ini juga diadakan untuk memberi pendedahan khusus kepada semua peserta di seluruh IPTA mengenai potensi masa hadapan Generasi Y dan juga sikap serta nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan diaplikasikan oleh Generasi Y bagi menjayakan misi, halatuju negara dan masa depan.

      Antara aktiviti sepanjang program ini ialah Ucapan Aluan oleh Y. Brs. Dr. Abdul Hakim bin Abdullah, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UniSZA, Sesi Taaruf/ Ice Breaking, Forum GEN Y Tingkah laku devian di kalangan Generasi dan cara menanganinya, Majlis Perasmian oleh Y.B. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan Lawatan ke Taman Monumen, Taman Tamadun Islam

      Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya disertai oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dan dapat memperoleh banyak pengalaman dan kemahiran daripadanya. Diharap, konvensyen ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

             
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan: