Masa: 8.30-10.30 Malam
Tempat: Dewan Kuliah Pusat 3
Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) telah berjaya mengadakan satu forum bertajuk Muslimah Gen-Y: Antara Dakwah, Keluarga dan Kerjaya. Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tentang isu semasa melibatkan wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab lain. Ini sebagai pendedahan awal bagi peserta untuk membuat persedian dan pilihan sebelum melangkah ke alam yang lebih mencabar.
Forum ini terdiri daripada dua orang panel iaitu Ummi Rosses, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah dan juga Saudari Nurul Suhadah Shuib, Assistant Trainer, Ibrah Paradigm Training and Consultancy. Manakala moderator ialah pengarah program, Saudari Nur Juliana Jusoh selaku mantan Timbalan Pengerusi Kelab PRU Sesi 2012/2013.
Forum ini telah dihadiri hampir 300 orang mahasiswa/i USIM. Sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta ini telah memberi inspirasi kepada ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti yang lain untuk terus berusaha mengajurkan program-program yang lebih bermanfaat pada masa akan datang. Semoga forum ini dapat memberi faedah dan seterusnya dijadikan panduan oleh para peserta untuk mencorak jalan kehidupan masing-masing pada masa akan datang.
peserta bergambar bersama salah seorang ahli panel, Ummi Rosses |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan